Showing posts with label Fabulous Friday. Show all posts
Showing posts with label Fabulous Friday. Show all posts

Friday, 2 December 2011

Update mana yang mampu_TERsangat BZ.!

Assalamualaikum, apa khabar..salam sejahtera...fuuh...sebut semua sekali untuk semua bangsa..kita kan satu malaysia. Serius x sempat nk coretkan sangat dalam blog nih, tersangatlah bz dengan bermacam-macam 'event'. Uolls, ingat tak?konsert k-pop yang aku dok giler sangat nak pergi tu, sampai snggup belanja orang buat teman...haha. Walaupun aku pergi sorang...PUAS HATI kot. Semuanya superb, lighting, sound system...fisrt class la beb. Memang tak rugilah aku berhabis..huhu.
So, bercerita pasal konsert tu. Jauhnya aku duduk...agak2 lah tiket herge bapa ek..jangan nak perasan. haha. Tapi dah tengok tu pun kira bertuah kot....walaupun terpaksa byr RM  utk parking fee.!!Ciss.
betapa jauhnya tempat aku..huhu

Antara banyak-bayak konsert yang aku pergi,(banyak ke?). Ini antara yang paling best kot..huhu. Aku ni pun bukanlah kaki konsert sangat, tapi entah sejak bila ntah aku terminta dengan bebudak 2PM nih. Bila pembukaan je..jeritan sudah bergema satu stadium, tapi bukan aku....budak pompuan sebelah aku tu yang over menjerit...cehh anoying kot. Yang sebalah kanan aku pulak, budak laki...dok usha kawn dak yang menjerit tadi. Nak jer aku cakap."dik, nak tukar seat tak?..hahah.
PUT UR HANDS UP, jadi opening song malam tu, tak payah cakaplah, persembahan pentas diorang,,,,good dancer, good song and op coz...good looking(semua). Kerana StarPlanet adalah penganjur rasmi konsert ini, jadi etika pakaian sangat tak ikut Malaysia. Korea kan..tak singkat tak sah lah...haha. Mujurlah ramai yang dtg tu mostly pompuan. Fanatik 2 PM la katakan.
Budak ni tak fanatik sangat....terjebak sikit jer..hehe

credit to miss photographer..:-)

gambar kat ats tu masa ketibaan budak tu, dia dtg sorang jadi..dia grab jer sesapa yang kat depan dia untuk jadik photograper tak berbyar...ciss, suka hati dia jer. Nasib baik mas ni, tak berapa nak ramai orang. boleh lah pose tergedik-gedik sikit. Sabar jela.
Ada beberapa lagu yang tak berapa nak minat sangat, tapi dua tiga lagu tu, tak agak jugak tergoyang-goyang badannya. Agaknya ...memang gitu kot...orang kata feel bila berada di tempat kejadian tu sendiri. Alahhh...macam tengok bola jugak lah, walaupun tak berapa nak minat, tapi kalau kat stadium, tengok secara life..memang akan bersorak jugak lah...SETUJUuuu..ekeleh..tetiba plak...:-P

Ada kebanyakkan gambar yang aku ambik tak berapa nak clear sebab jauh, video plak tak bleh nak upload...jadi kita story mory sudah yer...

yg ni dah abis konsert dah, saje budak ni lorat nk menebeng depan stange.

Certia tak abis lagi....nanti sambung...choww.
Bln November nih, banyak saje aktiviti perabis duit yang aku buat, bru lepas g konsert nih, g berkelah pulak...jauh jgk la...aku drive, bila lagi nk bwk WSA kesayangan berjalan2. Tetiba member ajk g mandi air terjun, tak jauh pun keluar KL sikit, masuk selangor sikit...mana?, cuba teka?

LOPOH WATERFRONT RESORT. Nama gah semacam, tapi tempatnya bolehlah lebih kurang...privasi tapi sedikit semak samun dahhhh...mujur nyamuk tak ada. Yang best nyer air tejun depan pintu jer..dalam 3 ke 4 tapak. Tapi bahaya nyer pun ada gak...licin berlumut depan pintu tu. Ada seorang budak  jatuh, mujur tak terhentak kepala.
 tepek gambar WSA dulu, comelkan tuannyer..hahah


inilah tempat aku bermalam.
ishh, tangan sapa pulak nih. 
Chalet ni kira 2nd kelas la, yang first klass mahal sikit la, ada sediakan tempat barbeque sekali. Nak makan punya psl, berusaha menyalakan arang supaya berbara-bara, nak mkn apa mlm2, kedai mana ada dlm hutan2 nih, padan muka aku. haha.
 berusaha keras meniup api yang tak mahu hidup, berjaya jugak kitorang membarakan dia, berpeluh ketiak...hahaha
 makanan 'barbeque' kami..alhamdullillah

Tulah, dulu-dulu, pergi camping penakut, mcm mana nak survival dlm utan nih, idupkan api pun payah. Ish..ish..kena amik Kursus Iktihar Hidup nih, makan katak. eyekkk..
Selamatlah perut kitorang malam tu, dapat makan . Hehe. 
Di jadikan cerita..aku pula ke demamam malam tu, agak panas jugak lah, aku pun pelik...kenapa, tapi aku diam jelah, mungkin aku ada terlepas cakap kat man-mana ker. Alhamdulliah, panas badan berkurangan, Pagi-pagi pergi merendamkan diri kat air terjun luar pintu tu..tak tahan panas badan.
budak yang demam..:-)
x senonoh.
tempat mandi manda kami..
sejuk mata memandang...sejuk lagi air didalam
Cukuplah sekadar melepaskan tekanan perasan kami tu, daripada tak ada langsung..hari kedua pun kami bermalas-malas nak balik, owner chalet pun biarkan kami chekout lambat sikit sebab tak ada orng check in lagi...kami pun berseronok la bergambar sakan...main-main air gitu...ala-ala putri benian...choiiii.
Gedik betul budak nih.
cuba carik benda tersembunyi?haha
dan isikan tempat kosong di sini____________
kehkehkeh.
Alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan, alang dah jalan..jalan lah sampai puas. Next Stop, menara tinjau bukit ampang.
 Tiang ke orang tu?
Actually aku dah pergi dah tempat ni, masa memeber aku yng gojes tu kahwin, tpi tak sempat la nk bergambar sakan...so kali ini, aku pulun habis la bergambar kat sini. 
Cak...:-P

Benda yang paling mahal dalm menu ini adalah....LOBSTER..RM 130 kot. Kitorang minum je, boleh lah setakat membasahkan tekak. Kalau malam-malam cantik kat sini...view KL, tapi for sure...penuh. Restoran dari melayu ke Arab, semua ada...duit jer...
Im coming darling...wait for me..hahah

Itu watak sampingan, tak ada kena mengena dalam ini cerita, dah macam camerron plak, sejuk kat atas bukit nih...sebab baru lepas hujan. Tapi kena Teh Tarik, walaupun x bapa nak sedap..tapi syok jugak lah.

bayangkan ini di waktu malam...
budak yang syok sendiri...abaikan,.

Habis sudah story mory, setelah dirumuskan dari cerita bulan November hari tu. Lepas ni nak pergi cuti-cuti ke laut pulak. Itu pun entah bila lah boleh hapdet. Apa pun mari sama-sama kita menikmati kehidupan singkat ini dengan cara yang paling bahagia untuk diri masing.
Sekian.
Sehingga berjumpa lagi.
Adios...uolls

Friday, 25 November 2011

Survivor.

Hello everyone...puhh lama betul tak hapdated nih..susah nak hapted..sebab takder teknologi canggih kat tempat baru aku tuh. Tempat baru..yup..New Place..New Eviroment..New Sorrounding(betul ke ejaan aku nih?).And Workplace like Hell...opssee...Itu yang aku rasa, tapi nak buat cmne...dah tentu sampai pencen kat sini. Huhu.

Topik Hari INi= Survivor!!!_oh, sebelum bercerita lebih panjang lagi. Do Remind This. Ini adalah pendapat aku semata-mata, pandangan dari mata contact lense aku. sekian.
1)Senyum walaupun kau tu berlakon semata-mata.
2)Ikut aje arahannya, janji jgn sampai marah dan kena marah. 
3)Kurangkan bercakap, jgn becakap langsung kalau bukan sbb kerja. Diam sudah.
4)Pekakkan telinga-butakan mata(stigma jer)jgn cucuk betul-betul . 
5)Balik je lambat, walaupun kau x rela.
6)Autakan semua yang Fakta- pasti kau selamat!

Pelik kan?Kenapa pulak aku kena nak survive bagai. Sepatutnya seronoklah, bila kat tempat baru yang konon glamour tuh!!puihh. Astaga. Well, to be through aku bukanlah ke tempat 'baru' tapi tempat lama yang sangat anoying kot!.Im happy with my job...but Im not Happy with the enviroment. So...what to do....ADAPTION!!!.
YES. Adaption....apa lagi yang perlu buat kan...nak taknak kena tempuh jugak. Walau seberapa berat pun dugaan yang datang. Apa pun, pasti ada hikmah di sebalik semua nih. Aku hanya mampu bersabar. 

Sekian, wasalam. 
P/S:korang boleh ikut cara survivor kt atas tu, nnti aku tmbh lagi kalau teringat. And apa2 consequences..tak jamin ok..haha

Tak ada cukup masa untuk bebel banyak2..ok chow..:-)
thid is not so faboulous friday okey.!!




Friday, 18 November 2011

Mukadimah Jumaat

Assalamualaikum....(jawab jangan tak jawab), hari ini tak ada apa nak cakap cuma nak berkongsikan sesuatu yang menarik untuk tatapan bersama :-
Ingat lagi tak post aku yang lepas?
klik sini:-
http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Fabulous%20Friday. Aku ada dapat satu buku motivasi kot sempena birthday aku hari tu. Tajuknya Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup. Belum Habis baca pun, baru suku buku...aku mmg agak lambat sikit kalau nak menghabiskan baca sebuah buku. Feeling la katakan. hakhak. 
Buku ni mantan bos aku yang bagi, mmglah kalau baca bukunya kena lebih fokus dan hayati mendalam setiap ayat dan kata yang di coretkan dalam tu. Bahasa sangat universiti kan....maklumlah teman xder SPM(dialog Awie dalam Zombi kg Pisang)..hahaha..

Back to the topik, kadang2x ada satu chapter ni....senang sangat nak pahm, ada satu bab ni..perghh...kena tersembul bijik mata baca baru boleh paham. Pada sesiapa yang sedang atau mahu menjapai kejayaan yang sukses, jom hayati Tujuh Kunci Kejayaan :-
  1. Jelas - Cari dan jelaskan apa kepercayaan dan keyakinan anda dan kehendak anda yg sebenar
  2. Kebolehan - sesuatu kejayan mestilah dengan kebolehan yang ada, samada yang nampak ataupun yang tenggelam timbul tu.
  3. Halangan-Cari dan ketahui apakah halangan dalam diri kita dan tangani halangan tersebut.
  4. Tumpuan-kenalah berikan tumpuan pada sesuatu yang kita nk lakukan. Do it well..:-)
  5. Kreativiti-kalau tak ada kreativiti, tak menariklah sesuatu yng dilakukan tu kan?mcam berblog ni la jugak. Mana nak dtg idea..kalu tak de kreativity...
  6. Ketabahan-apa pun rintangan yang datang, hadapilah dengan tabah. 
  7. Belajar dan terus belajar-Ilmu tu penting, setinggi mana pun kita berada, kalau takda ilmu di dada. Jatuh tersungkur jugak.
7 kunci kejayan seperti yng tertulis Dalam buku 'Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup' oleh Jamil Hashim.
Apa pun semuanya terletak pada diri masing-masing. Dan sesuatu yang dilakukan tanpa ketentuan Allah s.w.t. tak jadi jugak kan. Redha dan Tawakal itu pun penting. Kita manusia hanya mampu merancang...:-)

Apapun ingat keywords ini DETERMINATION IS THE KEYS TO SUCCESS. haha..sekian.
p/S: aku pun tengah cari diri sendiri....:-)

Friday, 11 November 2011

today story. 11.11.11

Hai, uols....Assalamualaikum. Today is my best day ever...:-). Kalau sesiapa ada baca posting aku terdahulu...ada entry pasal 11.11.11. Akhirnya tarikh tu tiba juga, tapi bukan seperti yang di inginkan tu la...huhu, tapi takpa...yang penting aku masih lagi di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. Alhamdullillah. 

Mungkin ada yang kt luar sana sedang berkongsi 11.11.11 nih. Let celebrate it the way you like it..ok?. Jangan takut untuk menghadapai kenyataan. Age it just a number. Tapi bukan tua tau..haha. Berapa ramai yang wish kat wall fB, it just so amazing. Thank you guy's, you cheer me up...:-)

Kalau sesiapa dengar HOT.FM sekarang, topiknya hari ini adalah lagu-lagu perkahwinan...hmm, mungkin ramai yang melangsungkan pernikahan hari ini kot. Kebetulan tarikh ini jatuh pada hari yang penuh keberkatan Hari JUMAAT. Penghulu segala hari. Insyallah. Semoga semuanya dalam keberkatan. 

Mungkin, ini juga permulaan baru dalam hidup aku..siapa tahu kan?Kita hanya manusia yang mampu merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Apa pun yang baik sentiasa datang dariNya. Aku sbg hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa...serta tawakkal.

Simple celebrating for my Big Day, really appreciate it...pada Zairani Khamis, aku dah anggap macam kakakku sendiri. Persahabatan kita tak mungkin terpadam. Sayang sama kamu...:-)
tiup lilin sikit..puuhh


Kek Birthday yang ke-tuuuuttt...hahaha. Oh...hari ini pun birthday kak sulung aku Siti Arafah, happy birthday to both of us la....simpan kek ni sikit untuk dia dgn anak buah aku, Dak Dina....
Kak Zai & Me and The Kek
Kakakku yang menyambut tarikh yg sama 111111.

Kata-kata perangsang, tapi ini aku saja yang punya..hahaha
Hadiah dari mantan bos..buku nukilannya, blum abis baca lg
(bilalah boleh jadik penulis mcm dia nih)

11.11.11, tarikh yang tak mungkin dilupakan, datangnya hanya sekali seumur hidup...walaupun semalam terasa sangat down,hari ini aku kembali ceria...:-).
This was the best day with the best date ever...

P/S: Happy Birthday AiEn, semoga hari-hari kekal ceria dan sentiasa tersenyum...amin.


Friday, 10 June 2011

Crafter dan Bussiness<-betul ker ejaan nih???


Heii...check out this blog too.http://chantiquecraftzone.blogspot.com/ banyak benda-benda kiut miut kat situ...hokey...:-) Tetiba jadik sangat kreatif pula aku nih, sampaikan ada member yang tak percaya "kau ke yang buat semua tu"..hahah...... 

Tiga Sebab utama aku melibatkan diri dalam bidang ini :-

1) Sebab nak banyakkan posting dalam blog...haha
2) Teruja dengan benda kiut yang comel dan berwarna warni.
3) Nak tambah duit ler..tau lah skang..semua nak duit..haish...:-(

Bermula dari March 2011 sehingga sekarang, dah dekat 4 bulan jugak aku 'menginvolved'kan diri dalam bidang ini. Alhamdullilah, rezeki tu ada di mana-mana, dah dapat market untuk koperasi sekolah, kena pulun habis la aku..yelah..aku bos...aku jugak kuli...hahahaha...ini ada sikit preview(cewaaahh)....untuk tatapan kamu...:-


ini salah satu contoh Car Charm

Ini plak Klip Rambut dgn nama

Ini pun klip rambut, design biasa jer
Atas tu adalah 3 contoh item yang ada dalam blog http://chantiquecraftzone.blogspot.com/, comel kan.???Ada banyak lagi...jangan malu-malu yek(ada orang nak tengok ke?)...hehe...mari-mari...

Sekian, untuk makluman dan tindakan<---waah, macam urusan rasmi pulak..:-)