Friday 2 December 2011

Update mana yang mampu_TERsangat BZ.!

Assalamualaikum, apa khabar..salam sejahtera...fuuh...sebut semua sekali untuk semua bangsa..kita kan satu malaysia. Serius x sempat nk coretkan sangat dalam blog nih, tersangatlah bz dengan bermacam-macam 'event'. Uolls, ingat tak?konsert k-pop yang aku dok giler sangat nak pergi tu, sampai snggup belanja orang buat teman...haha. Walaupun aku pergi sorang...PUAS HATI kot. Semuanya superb, lighting, sound system...fisrt class la beb. Memang tak rugilah aku berhabis..huhu.
So, bercerita pasal konsert tu. Jauhnya aku duduk...agak2 lah tiket herge bapa ek..jangan nak perasan. haha. Tapi dah tengok tu pun kira bertuah kot....walaupun terpaksa byr RM  utk parking fee.!!Ciss.
betapa jauhnya tempat aku..huhu

Antara banyak-bayak konsert yang aku pergi,(banyak ke?). Ini antara yang paling best kot..huhu. Aku ni pun bukanlah kaki konsert sangat, tapi entah sejak bila ntah aku terminta dengan bebudak 2PM nih. Bila pembukaan je..jeritan sudah bergema satu stadium, tapi bukan aku....budak pompuan sebelah aku tu yang over menjerit...cehh anoying kot. Yang sebalah kanan aku pulak, budak laki...dok usha kawn dak yang menjerit tadi. Nak jer aku cakap."dik, nak tukar seat tak?..hahah.
PUT UR HANDS UP, jadi opening song malam tu, tak payah cakaplah, persembahan pentas diorang,,,,good dancer, good song and op coz...good looking(semua). Kerana StarPlanet adalah penganjur rasmi konsert ini, jadi etika pakaian sangat tak ikut Malaysia. Korea kan..tak singkat tak sah lah...haha. Mujurlah ramai yang dtg tu mostly pompuan. Fanatik 2 PM la katakan.
Budak ni tak fanatik sangat....terjebak sikit jer..hehe

credit to miss photographer..:-)

gambar kat ats tu masa ketibaan budak tu, dia dtg sorang jadi..dia grab jer sesapa yang kat depan dia untuk jadik photograper tak berbyar...ciss, suka hati dia jer. Nasib baik mas ni, tak berapa nak ramai orang. boleh lah pose tergedik-gedik sikit. Sabar jela.
Ada beberapa lagu yang tak berapa nak minat sangat, tapi dua tiga lagu tu, tak agak jugak tergoyang-goyang badannya. Agaknya ...memang gitu kot...orang kata feel bila berada di tempat kejadian tu sendiri. Alahhh...macam tengok bola jugak lah, walaupun tak berapa nak minat, tapi kalau kat stadium, tengok secara life..memang akan bersorak jugak lah...SETUJUuuu..ekeleh..tetiba plak...:-P

Ada kebanyakkan gambar yang aku ambik tak berapa nak clear sebab jauh, video plak tak bleh nak upload...jadi kita story mory sudah yer...

yg ni dah abis konsert dah, saje budak ni lorat nk menebeng depan stange.

Certia tak abis lagi....nanti sambung...choww.
Bln November nih, banyak saje aktiviti perabis duit yang aku buat, bru lepas g konsert nih, g berkelah pulak...jauh jgk la...aku drive, bila lagi nk bwk WSA kesayangan berjalan2. Tetiba member ajk g mandi air terjun, tak jauh pun keluar KL sikit, masuk selangor sikit...mana?, cuba teka?

LOPOH WATERFRONT RESORT. Nama gah semacam, tapi tempatnya bolehlah lebih kurang...privasi tapi sedikit semak samun dahhhh...mujur nyamuk tak ada. Yang best nyer air tejun depan pintu jer..dalam 3 ke 4 tapak. Tapi bahaya nyer pun ada gak...licin berlumut depan pintu tu. Ada seorang budak  jatuh, mujur tak terhentak kepala.
 tepek gambar WSA dulu, comelkan tuannyer..hahah


inilah tempat aku bermalam.
ishh, tangan sapa pulak nih. 
Chalet ni kira 2nd kelas la, yang first klass mahal sikit la, ada sediakan tempat barbeque sekali. Nak makan punya psl, berusaha menyalakan arang supaya berbara-bara, nak mkn apa mlm2, kedai mana ada dlm hutan2 nih, padan muka aku. haha.
 berusaha keras meniup api yang tak mahu hidup, berjaya jugak kitorang membarakan dia, berpeluh ketiak...hahaha
 makanan 'barbeque' kami..alhamdullillah

Tulah, dulu-dulu, pergi camping penakut, mcm mana nak survival dlm utan nih, idupkan api pun payah. Ish..ish..kena amik Kursus Iktihar Hidup nih, makan katak. eyekkk..
Selamatlah perut kitorang malam tu, dapat makan . Hehe. 
Di jadikan cerita..aku pula ke demamam malam tu, agak panas jugak lah, aku pun pelik...kenapa, tapi aku diam jelah, mungkin aku ada terlepas cakap kat man-mana ker. Alhamdulliah, panas badan berkurangan, Pagi-pagi pergi merendamkan diri kat air terjun luar pintu tu..tak tahan panas badan.
budak yang demam..:-)
x senonoh.
tempat mandi manda kami..
sejuk mata memandang...sejuk lagi air didalam
Cukuplah sekadar melepaskan tekanan perasan kami tu, daripada tak ada langsung..hari kedua pun kami bermalas-malas nak balik, owner chalet pun biarkan kami chekout lambat sikit sebab tak ada orng check in lagi...kami pun berseronok la bergambar sakan...main-main air gitu...ala-ala putri benian...choiiii.
Gedik betul budak nih.
cuba carik benda tersembunyi?haha
dan isikan tempat kosong di sini____________
kehkehkeh.
Alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan, alang dah jalan..jalan lah sampai puas. Next Stop, menara tinjau bukit ampang.
 Tiang ke orang tu?
Actually aku dah pergi dah tempat ni, masa memeber aku yng gojes tu kahwin, tpi tak sempat la nk bergambar sakan...so kali ini, aku pulun habis la bergambar kat sini. 
Cak...:-P

Benda yang paling mahal dalm menu ini adalah....LOBSTER..RM 130 kot. Kitorang minum je, boleh lah setakat membasahkan tekak. Kalau malam-malam cantik kat sini...view KL, tapi for sure...penuh. Restoran dari melayu ke Arab, semua ada...duit jer...
Im coming darling...wait for me..hahah

Itu watak sampingan, tak ada kena mengena dalam ini cerita, dah macam camerron plak, sejuk kat atas bukit nih...sebab baru lepas hujan. Tapi kena Teh Tarik, walaupun x bapa nak sedap..tapi syok jugak lah.

bayangkan ini di waktu malam...
budak yang syok sendiri...abaikan,.

Habis sudah story mory, setelah dirumuskan dari cerita bulan November hari tu. Lepas ni nak pergi cuti-cuti ke laut pulak. Itu pun entah bila lah boleh hapdet. Apa pun mari sama-sama kita menikmati kehidupan singkat ini dengan cara yang paling bahagia untuk diri masing.
Sekian.
Sehingga berjumpa lagi.
Adios...uolls

No comments:

Post a Comment