Friday 18 November 2011

Mukadimah Jumaat

Assalamualaikum....(jawab jangan tak jawab), hari ini tak ada apa nak cakap cuma nak berkongsikan sesuatu yang menarik untuk tatapan bersama :-
Ingat lagi tak post aku yang lepas?
klik sini:-
http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Fabulous%20Friday. Aku ada dapat satu buku motivasi kot sempena birthday aku hari tu. Tajuknya Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup. Belum Habis baca pun, baru suku buku...aku mmg agak lambat sikit kalau nak menghabiskan baca sebuah buku. Feeling la katakan. hakhak. 
Buku ni mantan bos aku yang bagi, mmglah kalau baca bukunya kena lebih fokus dan hayati mendalam setiap ayat dan kata yang di coretkan dalam tu. Bahasa sangat universiti kan....maklumlah teman xder SPM(dialog Awie dalam Zombi kg Pisang)..hahaha..

Back to the topik, kadang2x ada satu chapter ni....senang sangat nak pahm, ada satu bab ni..perghh...kena tersembul bijik mata baca baru boleh paham. Pada sesiapa yang sedang atau mahu menjapai kejayaan yang sukses, jom hayati Tujuh Kunci Kejayaan :-
  1. Jelas - Cari dan jelaskan apa kepercayaan dan keyakinan anda dan kehendak anda yg sebenar
  2. Kebolehan - sesuatu kejayan mestilah dengan kebolehan yang ada, samada yang nampak ataupun yang tenggelam timbul tu.
  3. Halangan-Cari dan ketahui apakah halangan dalam diri kita dan tangani halangan tersebut.
  4. Tumpuan-kenalah berikan tumpuan pada sesuatu yang kita nk lakukan. Do it well..:-)
  5. Kreativiti-kalau tak ada kreativiti, tak menariklah sesuatu yng dilakukan tu kan?mcam berblog ni la jugak. Mana nak dtg idea..kalu tak de kreativity...
  6. Ketabahan-apa pun rintangan yang datang, hadapilah dengan tabah. 
  7. Belajar dan terus belajar-Ilmu tu penting, setinggi mana pun kita berada, kalau takda ilmu di dada. Jatuh tersungkur jugak.
7 kunci kejayan seperti yng tertulis Dalam buku 'Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup' oleh Jamil Hashim.
Apa pun semuanya terletak pada diri masing-masing. Dan sesuatu yang dilakukan tanpa ketentuan Allah s.w.t. tak jadi jugak kan. Redha dan Tawakal itu pun penting. Kita manusia hanya mampu merancang...:-)

Apapun ingat keywords ini DETERMINATION IS THE KEYS TO SUCCESS. haha..sekian.
p/S: aku pun tengah cari diri sendiri....:-)

No comments:

Post a Comment