Thursday, 30 May 2013

REJAB.

Assalamualaikum...

Sekejap jer dah masuk bulan rejab..dah tgh bulan dah rupanya..lepas REJAB..SYA'ABAN,pastu dah RAMADHAN...dah masuk bulan Puasa dah....dah ganti posa ke belum...?Wahai kaum-kaum Hawa sekalian<--termasuklah aku..kuikui...

Dalam bulan REJAB nih..macam-macam dugaan yang datang..itulah, manusia kalau lalai dengan kesenangan, sekejap juga boleh di rentap balik kesenangan itu, sebab itu kita disuruh sentiasa bersyukur...Alhamdullilah..

Dalam bulan REJAB ni jugak, prestasi kerja jatuh merudum...sebab banyak ponteng..demmm..malu dengan diri sendiri....:-(
Ponteng bersebab yang musabab lahh~~~

Selama bertahun-tahun aku bernafas di bumi bertuah nih, barulah tahun ni, bulan ni, saat ni aku merasa dekat dengan kematian bila salah seorang keluarga terdekat menghembuskan nafasnya yang terakhir(Al-Fatihah).

Jam 04.30 petang : Selasa ; Pilunya rasa hati bila berada di sisi Mak Long yang kaku terbaring di katil Hospital bersama wayar yang berbelit2 di sekitar tubuhnya...dadanya berombak lemah...:-(
Di Sisi kanannya, sedia beralun ayat suci Al-Quran yang di bacakan oleh adik arwah(Mak Nya). Aku hanya tersandar memandang sepi sekujur tubuh lemah itu, bersama adik bongsuku dan kakak sulungku bersama suami dan anaknya.

Aku bergerak betul-betul di tepi sisi katil Mak Long, tangan aku mula menyentuh tangan Mak Long ku, sejuk..sejuk sangat, sekuat mana pun hati ni...air mata aku turun dengan laju..mengalir macam sungai deras, sedih melihatkan keadaannya, tangan yang sejuk dan mula membiru lebam..Allah s.w.t. Selama lebih 2 jam kaku di atas katil, tiba-tiba tubuh kaku itu bergerak berat, seolah2 melepaskan nafas/lelah yang terakhir......di ikuti bunyi mesin kiraan nadi yang laju dengan kiraan nadi yang semakin lemah...teet..teet..teet...

(seperti kata doktor di bilik ICU: "kumpulkan saudara terdekat, dia mungkin tak lama lagi")

Jam 05.45 petang ; Selasa: Mak aku sampai, di ikuti dengan pakcik aku...mengelilingi katil Maklongku yang semakin lemah...

Tetiba, Dr. Pelatih datang...meneliti segenap ruang denyutan nadi Maklong ku...sambil di perhatikan kami semua.

Akhirnya,...Dr Pelatih itu bersuara :

"Mengikut ilmu kedoktoran...kami tak dapat mengesan sebarang bacaan nadi di tubuh makcik(maklong), Jadi..makcik dah 'tiada'...DAN dadanya yang berombak kuat itu sebenarnya hanya bantuan mesin pernafasan sahaja."

Time of Dead: 6.15 petang.

Serta merta, suasana di dalam wad itu bertukar..mak aku yang baru keluar dari tandas terus terjelepuk di kerusi, aku, kakak aku....makcik aku....pakcik aku...dan semuanya menangis....basah..:-(

Akhirnya Maklong pergi mengadap illahi, dan sesungguhnya aku rasa sangat bertuah kerana berada di sisinya, berada di saat 'sakaratul maut" nya. 

Kini, hanya tinggal Jasad Maklong, di bersihkan oleh petugas kesihatan, untuk di bawa pulang untuk di sempurnakan.

Walaupun jasad bermalam semalam, Alhamdullilah..alunan ayat- ayat suci Al-Quran sentiasa berkumandang sehingga ke esok hari...tak putus tahlil di buat sepanjang malam.

Jam 10.30 pagi ; Rabu: Maklong di mandikan dan di kapankan, sekali lagi mata ni basah dengan air mata, melihatkan wajahnya yang suci dan menguntumkan senyuman...Alhamdullillah, dia gembira di 'alam'nya. Jenazah sempurna.

Kucupan terakhir di berikan oleh adik beradiknya,anak-anaknya, sepupunya, anak buahnya serta cucu cucunya. Lagi..mata ini tetap basah, di beritahu, tidak baik menangisi terlalu lama kematian, takut berat pemergian...juga tetap tak mahu berhenti mengalir....

Bila jenazah di masukkan ke dalam Van untuk di sembahyangkan, saat itulah ..cucu nya yang bongsu..meraung semahunya.."nak ikut nenek"..serta merta meruntun pilu orang-orang yang datang menziarah...

Yang hidup..pasti akan mati, dan mati itu tetap PASTI. Alhamdullilah...sempurna sudah, kehilangan Maklong pasti terasa di saat SYAWAL tiba nanti, Allah s.w.t lebih menyanyanginya.

P/S:sesekali kita perlu berada dekat dengan kematian, supaya kita sedar nilai sesebuah kehidupan..dan JANJI Allah s.w.t itu PASTI termasuk Kematian.

Sekian..

Tuesday, 7 May 2013

PRU-13 dan Side Effectnya..huu~~~

Assalamualaikum, readers...:-)

Saat blog ini tercoret, hujan begitu lebat sekali.....laju membasahi bumi bertuah Malaysia, meredakan kehangatan/bahang pertelegahan sesama ihsan<---tetiba keluar ayat sastera pulak..haha.Tapi itulah hakikatnya, kadang-kadang BUMI pun menunjukkan protes secara tidak sedar...BUMI pun ada rasa simpati dan kecewa..wallahuallam.

Aku di sini bukanlah nk bercakap pasal politik sangat, yelah..sebab kita pun bukan org bijak lagi pandai, cuma kita masih lagi dapat berfikir tentang rasional atau tak sesuatu keputusan ataupun pilihan yang di buat...(berdasarkan fakta bukannya auta), tapi bila kekadang fakta itu diputar dan di belitkan..jadik jugak Auta nya. Kat sinilah , akal fikiran memainkan peranan.

PRU-13 baru sahaja menutupkan peti dua hari lepas, haa..siapa yang tak mendaftar, mesti tak pergi mengundi nih..OMG, lose one count!!..(!_*). Ini kali kedua, aku memangkah...kembali ke sekolah rendah(around 1998..maybe).SEK.KEB.BENDAHARA SERI MAHARAJA.adalah tempat membuang undi kawasan kejiranan aku, jadi opcoz la..terjumpa balik kengkawan zaman hingusan dulu...malu~~~sebab semua orang tidak begitu mengenali ku..uhuhuuhu, kenapakah ?

Bilik Darjah Pertama..berdekad dah sekolah nih..:-)

Semua org post gambar jari tercalit, tapi aku tepek gmbar zoom jauh jer..:-)

Kesian pulak tengok makcik2 kat bawah tu, beratur panjang2..kat tempat aku nih...seorang masuk, sorang keluar...pantas, tapi...apa rasionalnya dakwat itam tu eh..kan ada i.c, dah lah busuk..!!, huhu.
Orang Kuat *Mak aku ni

Kebetulan, tarikh 050513 lalu, jatuh tepat hari lahir mak yang ke -56 tahun..dalam sibuk2 tu tak berkesempatan nak buat wish panjang-panjang. So, ni nak buat recap ucapan sikit:-
Iklan 2 minit.!!

Kepada Puan Hjh Nyalim Hj. Said
Anak Mak mengucapkan 
Selamat Hari Lahir yang ke-56 tahun
Semoga mak dilimpahi rezeki dan panjang umor dan bahagia
di samping Ayah, Anak2, Menantu,dan Cucu-cucu sekalian.
We All Love U Mak..muaxxx.

Orait, back to the topik...

Selesai sudah tanggungjawab aku sebagai warganegara tegar Malaysia, walaupun Undi itu tersangatlah rahsia...still, jgnlah ragu-ragu dengan pilihan yang kita buat tu, sebab...aku percaya masing-masing punya pendapat masing-masing, kenapa dan mengapa....walaupun di momok2 kan oleh berbagai pihak, percayalah....masih ada satu lagi kuasa yang maha besar, Allah s.w.t.

Rasa tak sedap, bila baca suratkhabar..macam2 isu yang keluar, lebih menakutkan bila isu "rasicst" jadi main topik...
susah nak satukan hati, apatah lagi makhluk tuhan bernama manusia yang jelas di kurniakan akal fikiran..tapi kadang-kadang jauh terpesong di persimpangan.

Tuding Menuding, Salah Menyalah dah jadi kebiasaan, bila hati masing2 tak puas. Siapa yang salah, siapa yang tak telus, Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui. 

As for me, Aku mahukan Malaysia yang damai. Jadi aku tak ragu-ragu dengan keputusan dan pilihan aku..in fact, its already made, and Allah s.w.t know best.FULLSTOP

Sekian, untuk tatapan pembaca..erk
Hari ni feeling2 sikit sebab hujan rintik-rintik, padi tumbuh lalang~~
XoXo.

P/S: Sejarah mengajar Kita, Jadi jangan pernah lupakan sejarah.

Saturday, 4 May 2013

PRU-13- Bahang sebahang Melaka Bandaraya Bersejarah..:-)


Assalamualaikum...readers..

Hari ini..4 Mei 2013, esok...'Jom Kita Mengundi'...oh yeah, Alhamdullilah..teringat zaman mengundi lima tahun lepas(tua dah rupenyer aku nih..huhu)....first time yg x tak tahu apa-apa(prosedur)..rasanya undi aku tu jadik 'rosak'..kot..entahlah..hehe.

Hari ni, seawal 0730 waktu tempatan dah bergerak secara sendirian, menuju ke kampung halaman...x nak tersangkut dalam jem....nnti kang, mengantuk di tengah jalan..menguap tak sudah2...kalau  waktu puncak,lagilah..bergayut setan kat mata nih ha..huhu. Alhamdullilah, sampai kampung tepat jam 0930 pun waktu tempatan(hello??duk Malaysia jer kot).

Walaupun begitu....mengantuknyer perjalanan sepanjang 144km itew...haighh *yawn secara maraton~~~.

Hati jadi gumbira, bila ternampak signboard kampung halaman..oh yeahh.
Oh Yeah..dah nmpak signboard...:-)

Time Captured is at 0900 am, jadi masih ada sejuk dan redup di sepanjang jalan tu, masa ni pun x nmpak lagi bendera-bendera kempen semua tu...tengok gambar bawah ni pulak...
Tu dia 'Roket' melintangi jalan...

Ini baru kawasan kampung, belum masuk bandaraya lagi tu..mujur la, kereta tak banyak sangat time nih, nk captured gambar pun....clear giler..haha, mau kena saman kang...{PLEASE, dont try this on the road, or on driving).

Lagi hebat adalah gambar di bawah ni.-->
Semanghat betul orang2 kampung aku ni...besar punyer kain rentang.

Selagi tak selesai, selagi tu lah kempen dan bendera sana sini...dah memang itulah sejak azali lagi..seronok-seronok jer..tiba masa pangkah je la..tapi..pangkah lah ikut Rasional bukan Emosional..ok?Ini berkempen ke apa nih..haha..??

Akhir kata dari pemunyah Blog..Selamat Mengundi..:-)
XoXo

p/s: ini bukan posting politik ok...tiada kene mengena yang idup, yang mati..yang nyata ataupun yang ghaib.

Monday, 29 April 2013

Ahad yang "Daebak"

Assalamualikum readers...:-)

Nak bercerita sikit pengalaman aku yang menakutkan itew<--apekah?. Kalau sesapa pernah pergi Paradigm Mall, Kelana Jaya dan telah me'markir'kan kereta mereka di parking Rooftop tempat itew...arghhh, scary dowh....berpusing-pusing..dan tingginya sebanyak lapan tingkat ke lebih ntah....arghh, serikk wa cakap lu!!!

Dan yang paling teruk, I GOT JAMMED!!!, di sepanjang pendakian ke atas itu..ketaq kaki weehh, menahan clutch, menahan break...dan break tangan...hadoiiiyaii. Walaupun, aku ni kira pemandu berkaliber<---cehh, tpi still..tetap rasa cuak, bila berada di situasi daki mendaki seperti itu, Otomatik teringat insiden kereta berasap dalam entry lepas :http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Vacation , serius sangat takut okeh.FULLSTOP.

Malangnya, bila termasuk ke lot parking itu, tak boleh nak patah balik dah..nak tak nak..ko kena jugak naik daki sampai kat atas tu..kan sama macam masa pergi Cuti-cuti Cameroon Highlands dulu, wuhuhu..nanges sepanjang pendakian....:-(

Entah ada apa yang menarik kat situ, giler ramai orang..sampai takder langsung parking(kecuali Rooftop). Sampai tiket wayang pun habis tinggal seat depan jer..huhu, apa pun tak boleh.Sabar je lah...


lihat situasi ini, antara kereta aku...dan kereta seberang jambatan itu.
Scaryy to hellll~~~huhu.
bersungguh memulas 'stereng' penuh konsentrasi..huhu

Tips:- Untuk tidak meng 'ketar' kan sangat kaki semasa pendakian, aku lepaskan dulu kereta yang bersusun sehingga melepasi tahap kritikal iaitu di puncak bukit yang mencanak tu, bukan apa takut melorot lak kereta...haha, itu memang takut, sebab kadang-kadang kita rasa tak berasa nak confident bila kereta belakang kita..rasa sangat rapat dengan bontot kereta kita, padahal jauh lagi...trick cermin pandang belakang jer...huhu.

Tapi, itulah...pengalaman sepanjang lapan tahun menjadi pemandu tegar kereta *ehem ehem, lagi-lagi kat Bandaraya Kuala Lumpur.....mencabar!!!.

Endup: Self Picture Taking****

Untungnya, si Adik yang jadi penumpang setia kat sebelah, dengar jelah rungutan dan bebelan si kakak yang stress dengan jalan raya Kuala Lumpur nih.

Kepada semua pemandu tegar macam aku ni, sini ada sedikit pesanan penaja
"Hati-Hati di Jalan Raya...Ingatlah orang yang tersayang"...haha, apekah??

Till Then.:
XoXo.

Monday, 22 April 2013

Its Human Interest!!!


Assalamualaikum......wbt.

Hari ni nak review story sikit pasal Insiden Lahad Datu yang jadi dekat Sabah nu....walau pun dah selesai kes pencerobohan itu, tapi still ia tetap akan di kenang sampai bila-bila, mungkin akan jadi tarikh paling bersejarah dalam Malaysia - Tanah Tumpah Darahku.

Alhamdullilah, walaupun pahlawan kita bermandi darah dan gugur di perbatasan, namun tanah air tetap dipertahankan<--tetiba berjiwa PATRIOTISME pulak..hehe. Oleh kerana itu, kita sebagai warganegara Malaysia, jgn sesekali mempertikaikan perjuangan berdarah mereka. Jgn dipolitikkan. FULLSTOP!!
Bila terjadinya kes-kes macam ni, barulah kita sedar betapa hebatnya pasukan-pasukan keselamatan kita, malah mereka lah antara yang terbaik di DUNIA<---bak kata adik aku lah(anggota jugak)....dan itulah antara sebab2 kuat yang membuatkan aku "jatuh cinta" dengan mereka - mereka nih....hihi(gediks!!!).

Malam Barisan Kita di adakan pada sabtu(21 April 2013) bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri bersempena menghargai perjuangan Anggota Keselamatan kita antaranya Pasukan Komando VAT69...omg..omg, sukaaaaaaaa.....mereka sangat SMART & STYLE...!!. 
 
Amik kesempatan dalam kesempitan
Abg2 Komando....hehe
Ok..nampak pass!!..haha
Macam yang aku cakap. Its Human Interest...!!!!.Ataupun mungkin pengaruh Novel kot..sebab tu lah rasa macam..waaahh, hebatnya diorang2 nih...
Golongan2 yang menjadik perhatian (siap buat listing)..haha

1) ATM( expecially: NAVY, AIRFORCE & them(arrow ke atas)...hehe.
2)Fotograhper/Videographer<--betul ke ejaan nih?
F.Y.I ini jelah kot gambar yang betul-betul aku nak amik gambar....yelah sebab aku staff...so mcm tak nice la kan, tergedik2 nk amik gambar macam tetamu yang datang....padahal lagi senang nak amik sbb aku staff...huhu.<--pening tak dengan ayat ini...?

by the way...nak tepek gambar sendiri untuk tujuan promosi...let's check it out.

ok...xperlu mention apa-apa(fokus kat tudung jer!)
juz nak promote:
Bawal Printed by Qhaleefhaz
(like them on fesbuk & dont forget to follow them on instagram too)

ok, done for today's updated..silalah baca dan follow saya di tempat kejadian ini..hehe, sebab tak tau dah nk cakap apa..jadik saya tepek jer la..gambar perasan saya yang ada di tempat  kejadian ini..haha.

barisan kengkawan..:-)
budak paling comel...tpi blum cukup dewasa..hihi.
huhu..ini gambar boleh biki skandal...hehe
tetap jugak di tepek..
bangga kot..haha

Ok,dah....cukup sudah sampai sini, kalau tak..tak berhenti dari verangan...haha, nama pun kerja...kenalah have fun sikit, barulah enjoy, kalau tak stress la memasing...keluarlah muka ketat kelat ....dah pandang pun tak sudi..betul tak...

Till then.
Bye
XoXo,

Friday, 12 April 2013

Qhaleefhaz New Batch : BAHIA


Assalamualaikum , selamat petang, hari ni tak mau tulis banyak2..cuma nak buat promosi sikit-sikit je..:-)

Qhaleefhaz telah melancarkan 2nd Batch yang di beri nama BAHIA, menggunakan material dari kain Lycra, sejuk dan jatuh....and wide enough to cover your chest..:-)
dan hanya ada 3 helai saja untuk satu-satu design dan ia adalah 'custom made'

Check Out their latest collection(with me as the model..erkk??)


Design-Design yang ada dalam BAHIA

BAHIA  Paisley
RM 32 exclude postage
Open for Sale..
Cepat..nanti Habis...hehe
BAHIA Tribal
RM 32 exclude postage
Open For Sale..
BAHIA Aztec
RM 32 exclude postage
Open For Sale...

Cepat-cepat sebelum kehabisan, lepas ni lebih banyak lagi design-design baru yang akan masuk pasaran..
Kalau rasa nak membeli Shawls BAHIA ni, just drop a comment below....tapi jgn lupa review the code kat atas tu dulu...nanti adalah yang membalas tu...manusia lah opcoz..haha

Till then,
Happy Viewiing....
Happy Shopping..
And Happy Foreverrr..

XoXo...
Muaxxzz

Thursday, 11 April 2013

Konsert Suara Hati -Daripada Lelaki untuk Wanita


Haa, dengar tajuknya gempak tak...???Sebenarnya Konsert ini dianjurkan oleh tempat aku bekerja(namanya rahsia...gedik!!). Konsepnya macam tuju-tuju lagu cinta untuk wanitalah.....katanya..
Ada Zamani, Ramli Sarip, Azlan dengan Hafiz Awan Nano..Artis top setakat hari ini...sebabkan ini memang tempat kerja aku..jadi tak lah begitu teruja dengan artisnya..dah biasa tengok..infact saya "staff"...a bit malu lah weii.....haha.
Sambil- sambil bertugas, melaramlah sikit malam tu sebab dress code: Purplelicious...& Wanita!!..Take Note.
verangan sangat gambar ni kan..ala-ala 'wanita'
Haha, gile gedik...amik gambar kat tangga pun boleh...nak menggilapkan lagi ilmu "photogedik" dalam bergambar dan berposing....errrkkk??Keras nau dah badan ni kot..bila berdepan dengan kamera<----ko ingat ko retis???Ada pulak yang merajinkan diri meletakkan belon-belon sebagai  'props'(thank's Mr Photograper..:-)_
Shawls Sponsor by Qhaleefhaz...(jgn lupa singgah Instaq mereka)
Kerja kenalah enjoy..kalau tak muka naik stress...huhu, kerja aku macam nih la..selalunya banyak stress dari enjoy..stress dengan perangai orang.....bukan dengan kerja....Lumrah huhu...

Seronok??mungkin kot..mungkin sebab tengok retis kluar masuk depan mata...tapi tetap tak rasa apa-apa(i.e:excited)...kahkahkah.

Tapi, tetap rasa bertuah dengan kerja sekarang...duit sendiri, berdikari...di tempat orang, selama hampir enam tahun. Oh yeahh.!!!

Cerita Malam dah habis...Ini cerita petang pulak...:-)

Saya jumpa Hanis Zalikha....waaaaahhhhhh, cantikkkk..

Hanis Zalikha in de House..Comey..comey je dia nih

Ada satu masalah, aku ni tak berapa nak retilah nak approach retis ni macam mana, maksudnya....macam nak tegur diorang tu macam mana.....yelah, nak say Hai ke, kakak ke...abang ke, cik ke....susah jugak ek??

Kang, salah tegur kang...salah pulak impression nyer.....yelah, nnti kluar pulak kat paper....maklumlah, retis...
Mungkin sebab tu lah aku kurang bergambar dengan retis nih...walaupun persekitaran ku di kelilingi dengan retis....haha
(bila peluang kat mana-mana, tak reti pulak aku nak guna)

Lepas nih, kena lebih usaha....untuk apa ntah....tapi tetap kena usaha lebih.....hehe. 
Ok, selesai bercerita setakat hari ini....
moga-moga jumpa lagi

Till Then
xoxo...
Bye....:-)