Monday 29 April 2013

Ahad yang "Daebak"

Assalamualikum readers...:-)

Nak bercerita sikit pengalaman aku yang menakutkan itew<--apekah?. Kalau sesapa pernah pergi Paradigm Mall, Kelana Jaya dan telah me'markir'kan kereta mereka di parking Rooftop tempat itew...arghhh, scary dowh....berpusing-pusing..dan tingginya sebanyak lapan tingkat ke lebih ntah....arghh, serikk wa cakap lu!!!

Dan yang paling teruk, I GOT JAMMED!!!, di sepanjang pendakian ke atas itu..ketaq kaki weehh, menahan clutch, menahan break...dan break tangan...hadoiiiyaii. Walaupun, aku ni kira pemandu berkaliber<---cehh, tpi still..tetap rasa cuak, bila berada di situasi daki mendaki seperti itu, Otomatik teringat insiden kereta berasap dalam entry lepas :http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Vacation , serius sangat takut okeh.FULLSTOP.

Malangnya, bila termasuk ke lot parking itu, tak boleh nak patah balik dah..nak tak nak..ko kena jugak naik daki sampai kat atas tu..kan sama macam masa pergi Cuti-cuti Cameroon Highlands dulu, wuhuhu..nanges sepanjang pendakian....:-(

Entah ada apa yang menarik kat situ, giler ramai orang..sampai takder langsung parking(kecuali Rooftop). Sampai tiket wayang pun habis tinggal seat depan jer..huhu, apa pun tak boleh.Sabar je lah...


lihat situasi ini, antara kereta aku...dan kereta seberang jambatan itu.
Scaryy to hellll~~~huhu.
bersungguh memulas 'stereng' penuh konsentrasi..huhu

Tips:- Untuk tidak meng 'ketar' kan sangat kaki semasa pendakian, aku lepaskan dulu kereta yang bersusun sehingga melepasi tahap kritikal iaitu di puncak bukit yang mencanak tu, bukan apa takut melorot lak kereta...haha, itu memang takut, sebab kadang-kadang kita rasa tak berasa nak confident bila kereta belakang kita..rasa sangat rapat dengan bontot kereta kita, padahal jauh lagi...trick cermin pandang belakang jer...huhu.

Tapi, itulah...pengalaman sepanjang lapan tahun menjadi pemandu tegar kereta *ehem ehem, lagi-lagi kat Bandaraya Kuala Lumpur.....mencabar!!!.

Endup: Self Picture Taking****

Untungnya, si Adik yang jadi penumpang setia kat sebelah, dengar jelah rungutan dan bebelan si kakak yang stress dengan jalan raya Kuala Lumpur nih.

Kepada semua pemandu tegar macam aku ni, sini ada sedikit pesanan penaja
"Hati-Hati di Jalan Raya...Ingatlah orang yang tersayang"...haha, apekah??

Till Then.:
XoXo.

No comments:

Post a Comment