Tuesday 7 May 2013

PRU-13 dan Side Effectnya..huu~~~

Assalamualaikum, readers...:-)

Saat blog ini tercoret, hujan begitu lebat sekali.....laju membasahi bumi bertuah Malaysia, meredakan kehangatan/bahang pertelegahan sesama ihsan<---tetiba keluar ayat sastera pulak..haha.Tapi itulah hakikatnya, kadang-kadang BUMI pun menunjukkan protes secara tidak sedar...BUMI pun ada rasa simpati dan kecewa..wallahuallam.

Aku di sini bukanlah nk bercakap pasal politik sangat, yelah..sebab kita pun bukan org bijak lagi pandai, cuma kita masih lagi dapat berfikir tentang rasional atau tak sesuatu keputusan ataupun pilihan yang di buat...(berdasarkan fakta bukannya auta), tapi bila kekadang fakta itu diputar dan di belitkan..jadik jugak Auta nya. Kat sinilah , akal fikiran memainkan peranan.

PRU-13 baru sahaja menutupkan peti dua hari lepas, haa..siapa yang tak mendaftar, mesti tak pergi mengundi nih..OMG, lose one count!!..(!_*). Ini kali kedua, aku memangkah...kembali ke sekolah rendah(around 1998..maybe).SEK.KEB.BENDAHARA SERI MAHARAJA.adalah tempat membuang undi kawasan kejiranan aku, jadi opcoz la..terjumpa balik kengkawan zaman hingusan dulu...malu~~~sebab semua orang tidak begitu mengenali ku..uhuhuuhu, kenapakah ?

Bilik Darjah Pertama..berdekad dah sekolah nih..:-)

Semua org post gambar jari tercalit, tapi aku tepek gmbar zoom jauh jer..:-)

Kesian pulak tengok makcik2 kat bawah tu, beratur panjang2..kat tempat aku nih...seorang masuk, sorang keluar...pantas, tapi...apa rasionalnya dakwat itam tu eh..kan ada i.c, dah lah busuk..!!, huhu.
Orang Kuat *Mak aku ni

Kebetulan, tarikh 050513 lalu, jatuh tepat hari lahir mak yang ke -56 tahun..dalam sibuk2 tu tak berkesempatan nak buat wish panjang-panjang. So, ni nak buat recap ucapan sikit:-
Iklan 2 minit.!!

Kepada Puan Hjh Nyalim Hj. Said
Anak Mak mengucapkan 
Selamat Hari Lahir yang ke-56 tahun
Semoga mak dilimpahi rezeki dan panjang umor dan bahagia
di samping Ayah, Anak2, Menantu,dan Cucu-cucu sekalian.
We All Love U Mak..muaxxx.

Orait, back to the topik...

Selesai sudah tanggungjawab aku sebagai warganegara tegar Malaysia, walaupun Undi itu tersangatlah rahsia...still, jgnlah ragu-ragu dengan pilihan yang kita buat tu, sebab...aku percaya masing-masing punya pendapat masing-masing, kenapa dan mengapa....walaupun di momok2 kan oleh berbagai pihak, percayalah....masih ada satu lagi kuasa yang maha besar, Allah s.w.t.

Rasa tak sedap, bila baca suratkhabar..macam2 isu yang keluar, lebih menakutkan bila isu "rasicst" jadi main topik...
susah nak satukan hati, apatah lagi makhluk tuhan bernama manusia yang jelas di kurniakan akal fikiran..tapi kadang-kadang jauh terpesong di persimpangan.

Tuding Menuding, Salah Menyalah dah jadi kebiasaan, bila hati masing2 tak puas. Siapa yang salah, siapa yang tak telus, Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui. 

As for me, Aku mahukan Malaysia yang damai. Jadi aku tak ragu-ragu dengan keputusan dan pilihan aku..in fact, its already made, and Allah s.w.t know best.FULLSTOP

Sekian, untuk tatapan pembaca..erk
Hari ni feeling2 sikit sebab hujan rintik-rintik, padi tumbuh lalang~~
XoXo.

P/S: Sejarah mengajar Kita, Jadi jangan pernah lupakan sejarah.

No comments:

Post a Comment