Thursday 3 November 2011

My Sad Story...Hilang

Sesuatu yang hilang

Apakah benda yang paling berharga dalam hidup korang?Adakah ianya Somebody?Someone?Something?Yang pasti ianya pasti 'sesuatu' kan.?

Aku pun sedang merasakan kehilangan, sesuatu yang paling berharga. Dan paling terkesan bila sesuatu yang berharga itu adalah hasilnya dari titik peluh keringat sendiri. Bukan semuanya kita boleh mendapatkan dengan mudah. Kalau tak , tak adalah istilah 'USAHA TANGGA KEJAYAAN' betul tak?

Korang mesti wondering benda apa yang sangat berharga tu kan?Hanyalah seutas rantai tangan<---emas okey, dengan loket 'A' di tepi. Aduiyaiii, buat kali ketiganya ia menghilangkan diri dan terus tak dijumpai. Kesal memang kesal, sebab aku tak perasan langsung dia jatuh kat mana dan pada hari apa. Sehingga ke tarikh 2/11/2011(Rabu) baru perasan yang sebelah tangan senyap tanpa loceng<--dah macam kucing pula, pakai rantai berloceng. Huhu..sedeynya, sekarang hanya tinggal resit bukti pembelian ' Kedai Emas Tong Hin' aje kat rumah. 
My Missing 'A'
Imbas kembali sejarah pembeliannya, sekitar tahun 2007<jom belajar sejarah..haha. Akibat perasan marah dan kecewa. Aku membazirkan duit beli rantai tangan emas...haha, gila ah..masa tu 1 Mei 2007 selepas insiden malam April  sebelumnya<another sad story yang kemas menjadi rahsia sehingga kini. Masa tu, harga sekilogram tak delah mahal sangat. Sesiapa yang minat pakai barang kemas nih tahulah harga pasaran semasa, tak pernah nak turun....naik jer....sekarang entah2 dah sampai 200 sekilogram. 

Sebab tu sekarang nih, sesapa yang ada modal lebih, buat pelaburan emas....insyallah, x kan ruginyer. Aku pun nak buat, xder modal jer..huhu<-----dah cerita lain pulak nih. Anyway, sambung lagi pasal sejarah yang tak berapa nak sejarah tu...Kejadian 'Bunuh Diri' tu buat aku jadi lebih berhati-hati sekarang. Bila aku terpandangkan rantai tangan itu..serta mata-mata aku ingat balik hal-hal lalu. Kira ada sentimental value la jgk...hahah.

Tapi takpe..mungkin memang dah takda rezeki aku la tu dia nak hilang. Ada hikmah di sebaliknya. Terkilan tu mmglah..Manusia kan....seribu satu rasa ada. Insyaallah, ada rezeki..akan ku gantikan kepada yang baru. Hanya masa yang menentukannya. Entah coming soon ka, next gen ka.....

P/S: Kepada yang diluar sana, jangan leka-leka..dan jagalah barangan berharga anda seperti anda menjaga diri dan keluarga anda sendiri. Sekian.

Adios. Tq 4 reading this and the 'you' is not actually 'you'..haha
see yaa.....:-)


No comments:

Post a Comment