Thursday 17 October 2013

Perhentian Island- Part 1

Assalamualaikum,


Last weekend,  iolss buat Unplanned Vacation to Perhentian Island, Terengganu., giler best...rasa nak pergi sekali lagi jer,tapi in terms of budget..???balik jelah ikut waktunyer..kuikui. Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas express 'Darul Naim' menuju Kuala Besut, Terengganu. Dalam jam  9.30 malam, Jumaat(11.10.13). Bermulalah perjalanan kami dari Hentian Bas Duta menuju ke Kuala Besut. 8 Jam perjalanan, merekot-rekot badan kami 4 org, mencari posisi selesa untuk melelapkan mata sepanjang perjalanan. Jangan haraplah....hukhuk....

Ahli Rombongan
(bwk 2 org jejantan's konon bleh jadik savior..??Hado..??)
Jauhnyer perjalanan kami, macam mana lah mereka2 tu (yang balik kg di pantai timur) semasa musim perayaan, aku yang kg sekangkang kera ni pun rasa tak larat nk drive, walaupun 2 jam jer perjalanan(KL-Melaka)

Pagi Esoknya(Sabtu),lebih kurang jam 7 pagi..sampailah bebudak 4 orang tu di Jeti Kuala Besut. 

Subuh Hening di Kuala Besut, Terengganu

Alhamdullillah, selamat sampai..tau jelah bila naek bas untuk perjalanan jauh ni..macam-macam yang bermain difikiran, lagilah 'lately' ni..mcm banyak dah kejadian kemalangan yang melibatkan bas. Apa pun kami semua selamat mendarat(dengan bas je kot). Sementara menunggu kedatangan Bot Laju, kami pun meredah la lorong kedai tu mencari secawan teh...

Ok, Milo tu aku yang punya
(I dont take caffein..cehh)

Giler Manis okeh, manis medu....tapi, takperlah kot..sumber tenaga sepanjang pejalanan bot atas air, jangan muntoh sudah...hahaha.

while waiting for the boat
(camwhore_lah~~)
Yeah, dah naek boat
(missed 1 guy)

*****mabuk laut******

Finally : Welcome to krabi..??
(Spotted: Malaysian Flag's at the back..haha, kantoi)

****background music:bunyik ombak****
#47__nice arr...

Chalet kami agak ok jgk la..walaupun tak berdepan dengan laut secara langsungnya, tapi still masih boleh dengar bunyi ombak....

Bilik lebih kurang macam nih la....
(pic. credit: google)

Hari pertama sampai agak kebosanan , sebab tak ada apa aktiviti pun....just free & easy, jalan2 tepi pantai..tapi tak boleh mandi pun...banyak pasir dan batu tajam-tajam. So, we olls..camwhore je la tepi- tepi pantai tu sampai 'lebam'..hahah... but the picture is TOO PRIVATE..:-p.

Day2- It's Snorkeling Day!!.Semangat nak blurp-blurp kan...dah la tak tau berenang...main redah jer ko..nasib baik tak kelemasan air masin laut china selatan ok.
Ready tuk terjun...???Confident sangat kan..

6 Checkpoint Snorkeling, 1 hampir lemas...2 lagi tak turun...1 lagi berpaut pada orang(jejantan's) sprt gambar di atas, extra 2 checkpoint berjaya overcome fear(drowning). Relax Sister..Relax. Pengalaman snorkeling itu sangat berbaloi bila dapat tengok Jerung depan mata merentap ganas Ikan ala-ala Dory(kawan nemo tu)...And Yes, Malaysia ada Jerung tau, Besar giler...too bad no picture, kamera kalis air kepunyaan Karoline(snorkeler girl) rosak dek 'fog'. And yes, there's Sea Turtle, bukan penyu belimbing yang suka bertelor tu, ni penyu international...hehe

Sea Turtle
(beruntung betul cikgu cekgi kat ats tu)

Masa penyu ni tenggelam timbul, aku kat atas boat lagi, tengah cuak nak turun ke tidak, sbb hampir lemas dek tenggelam dan timbulnya badan aku nih ha, padahal memang timbul jer kot(dah sah-sah pakai jaket keselamatan) aku jer cuak lebih..tapi PANIK jugak la..lagi2 bila jejantan2 yang dua orang tu, seronok menggembirakan diri sendiri....hadoiii, korang nih...???

maka terlepaslah momen ni, sempat tengok dari atas boat je la...sangat bertuah.

Epic!!!

Aku sendiri pun tak sangka aku boleh 'snorkling' sedalam itu dengan jaya dan beraninya....semata-mata untuk sekeping gambar bersama kawan-kawan NEMO. DAEBAK.!!

Kalau jiwa sangat kental, sila lah cuba terjun dari ketinggian rumah api di tengah2 laut dalam china selatan itu, comfirm jantung tertinggal kt atas...
budak ni namanya Badrul Hissam, dia ni berani sangatttt(korang nmpak tak si jantung yang tercampak keluar tu..?)
(cuak kakak tengok lama sangat tak timbul2)
Ada berani korang..???
Aku??..tidak lah...huhu

Sekian, Posting untuk kali ini. Overall, cuti ini sangat ohsem..setakat mainan perasaan a.k.a sentap tersentap tu biasalah...ikutkan aje...janji Ohsem. And We Even Make a Few New Friends.PR kan....hehe

P/s: While u go for a vacation : Just do what u don't, afraid no more....feel it then u love it...
till then
XoXo
muahhhh....

Thursday 10 October 2013

Lama Giler x Update...ada orang nak baca ke...????

Assalamualaikum, 

Hari ini baru terasa nak menggedik hapdated...baru rasa rajin nak menaip or...sememangnya memang dah tak tau nak buat apa kot...huhu. Whateverlah~~walaupun ini cerita Hari Raya 2013..hambik, lama sangat kan...???

Selalunya kalau posting pasal Hari Raya mestilah cerita pasal Baju Raya, Family Bonding...Sanak Saudara, Jiran Tetangga dan bla~~bla~~bla~~.Walaupun rasanya hampir sama setiap tahun, maybe sebab masing2 dah berkeluarga dan dewasa....but still, masih ada sedikit memori indah di setiap cerita hari raya masing-masing...betul tak...?

Pada aku, Hari Raya keluarga Ishak bin Baba ( Ini Bapak Aku..haha) sangat magis sebab, semuanya selamat terkumpul di kampung....hehe. Saban tahun aku cuba mengumpulkan se-family untuk family potrait, tapi tak tercapai dek kerana kekangan masing-masing. Alhamdullillah, tercapai.....Cik Nyalim (Ini Mak Aku...hehe), gembira sangat bila 'family Potrait' cantik tergantung di dinding rumah....

Family Potrait Unoffial 2013
_Abaikan Nama itu(Bukan Nama Sebenar)_
Sila tengok wanita paling kiri(Baju by : Hatta Dolmat RTW)..hehe, nak mention jugak....I called This "Studio Session with Hatta Dolmat RTW"......kelas ko jahhh~~uwekkk,muntah padu...hahahah. We are Happy Family...:-P
Dress by : Hatta Dolmat RTW
(baju raya no.2)
Yang tinggi tu adik lelaki, yang kecik 2 orang tu anak buah..yang gojes tu artis mana ntah(haha..perasan)
Siap di Tag lagi oleh Designer : HattaDolmat on his Instagram..hehe...hehe

Sebab baju by Hatta Dolmat(melebih2 plak ko eh)....hari-hari pun nak pakai sampailah di Jamuan Hari Raya tempat kerja sendiri....gila glemer budak ni...

Jamuan Hari Raya Tempat Kerja...pun nk pakai baju nih...huhu

Cerita Raya nih macam panjang lagi nak habis nih, cerita dah hampir lapuk...baru nak posting, tu yang macam nak panjang tuh (bahasa rojak betul)....haha. 

Dua pasang baju raya lain : pakai masa pergi  wedding org
Tailor : Mom's Tailor....ehehe.
(detailings tambah sendiri..:-P)

Apa pun, sekejap jer masa berlalu...rasa bersyukur masih lagi bernafas di bumi tuhan yang indah dan permai bersama orang-orang yang tersayang....tak lama lagi hampir tiba Hari Raya Korban(lama lagilah nak hapdet weiii)....huhu.

Remember : FAMILY IS FIRST!!. Apa pun keadaan, tetap kena mengutamakan family, kalau tanpa mereka , siapalah kita sebagai anak. Family Potrait yang tergantung macam kat atas tu,mungkin akan lapuk dek hakisan angin, warnanya pasti pudar, namun....Kenangan & Memori terlekat melekat dalam lubuk jiwa yang paling dalam<---perghhh, ayat...haha.

Sekian, hapdet untuk kali ini....insyaAllah, akan lebih proaktif dalam penceritaan..(eh..ingat buat drama ke..?).

Till Then,
XoXo.