Monday 29 April 2013

Ahad yang "Daebak"

Assalamualikum readers...:-)

Nak bercerita sikit pengalaman aku yang menakutkan itew<--apekah?. Kalau sesapa pernah pergi Paradigm Mall, Kelana Jaya dan telah me'markir'kan kereta mereka di parking Rooftop tempat itew...arghhh, scary dowh....berpusing-pusing..dan tingginya sebanyak lapan tingkat ke lebih ntah....arghh, serikk wa cakap lu!!!

Dan yang paling teruk, I GOT JAMMED!!!, di sepanjang pendakian ke atas itu..ketaq kaki weehh, menahan clutch, menahan break...dan break tangan...hadoiiiyaii. Walaupun, aku ni kira pemandu berkaliber<---cehh, tpi still..tetap rasa cuak, bila berada di situasi daki mendaki seperti itu, Otomatik teringat insiden kereta berasap dalam entry lepas :http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Vacation , serius sangat takut okeh.FULLSTOP.

Malangnya, bila termasuk ke lot parking itu, tak boleh nak patah balik dah..nak tak nak..ko kena jugak naik daki sampai kat atas tu..kan sama macam masa pergi Cuti-cuti Cameroon Highlands dulu, wuhuhu..nanges sepanjang pendakian....:-(

Entah ada apa yang menarik kat situ, giler ramai orang..sampai takder langsung parking(kecuali Rooftop). Sampai tiket wayang pun habis tinggal seat depan jer..huhu, apa pun tak boleh.Sabar je lah...


lihat situasi ini, antara kereta aku...dan kereta seberang jambatan itu.
Scaryy to hellll~~~huhu.
bersungguh memulas 'stereng' penuh konsentrasi..huhu

Tips:- Untuk tidak meng 'ketar' kan sangat kaki semasa pendakian, aku lepaskan dulu kereta yang bersusun sehingga melepasi tahap kritikal iaitu di puncak bukit yang mencanak tu, bukan apa takut melorot lak kereta...haha, itu memang takut, sebab kadang-kadang kita rasa tak berasa nak confident bila kereta belakang kita..rasa sangat rapat dengan bontot kereta kita, padahal jauh lagi...trick cermin pandang belakang jer...huhu.

Tapi, itulah...pengalaman sepanjang lapan tahun menjadi pemandu tegar kereta *ehem ehem, lagi-lagi kat Bandaraya Kuala Lumpur.....mencabar!!!.

Endup: Self Picture Taking****

Untungnya, si Adik yang jadi penumpang setia kat sebelah, dengar jelah rungutan dan bebelan si kakak yang stress dengan jalan raya Kuala Lumpur nih.

Kepada semua pemandu tegar macam aku ni, sini ada sedikit pesanan penaja
"Hati-Hati di Jalan Raya...Ingatlah orang yang tersayang"...haha, apekah??

Till Then.:
XoXo.

Monday 22 April 2013

Its Human Interest!!!


Assalamualaikum......wbt.

Hari ni nak review story sikit pasal Insiden Lahad Datu yang jadi dekat Sabah nu....walau pun dah selesai kes pencerobohan itu, tapi still ia tetap akan di kenang sampai bila-bila, mungkin akan jadi tarikh paling bersejarah dalam Malaysia - Tanah Tumpah Darahku.

Alhamdullilah, walaupun pahlawan kita bermandi darah dan gugur di perbatasan, namun tanah air tetap dipertahankan<--tetiba berjiwa PATRIOTISME pulak..hehe. Oleh kerana itu, kita sebagai warganegara Malaysia, jgn sesekali mempertikaikan perjuangan berdarah mereka. Jgn dipolitikkan. FULLSTOP!!
Bila terjadinya kes-kes macam ni, barulah kita sedar betapa hebatnya pasukan-pasukan keselamatan kita, malah mereka lah antara yang terbaik di DUNIA<---bak kata adik aku lah(anggota jugak)....dan itulah antara sebab2 kuat yang membuatkan aku "jatuh cinta" dengan mereka - mereka nih....hihi(gediks!!!).

Malam Barisan Kita di adakan pada sabtu(21 April 2013) bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri bersempena menghargai perjuangan Anggota Keselamatan kita antaranya Pasukan Komando VAT69...omg..omg, sukaaaaaaaa.....mereka sangat SMART & STYLE...!!. 
 
Amik kesempatan dalam kesempitan
Abg2 Komando....hehe
Ok..nampak pass!!..haha
Macam yang aku cakap. Its Human Interest...!!!!.Ataupun mungkin pengaruh Novel kot..sebab tu lah rasa macam..waaahh, hebatnya diorang2 nih...
Golongan2 yang menjadik perhatian (siap buat listing)..haha

1) ATM( expecially: NAVY, AIRFORCE & them(arrow ke atas)...hehe.
2)Fotograhper/Videographer<--betul ke ejaan nih?
F.Y.I ini jelah kot gambar yang betul-betul aku nak amik gambar....yelah sebab aku staff...so mcm tak nice la kan, tergedik2 nk amik gambar macam tetamu yang datang....padahal lagi senang nak amik sbb aku staff...huhu.<--pening tak dengan ayat ini...?

by the way...nak tepek gambar sendiri untuk tujuan promosi...let's check it out.

ok...xperlu mention apa-apa(fokus kat tudung jer!)
juz nak promote:
Bawal Printed by Qhaleefhaz
(like them on fesbuk & dont forget to follow them on instagram too)

ok, done for today's updated..silalah baca dan follow saya di tempat kejadian ini..hehe, sebab tak tau dah nk cakap apa..jadik saya tepek jer la..gambar perasan saya yang ada di tempat  kejadian ini..haha.

barisan kengkawan..:-)
budak paling comel...tpi blum cukup dewasa..hihi.
huhu..ini gambar boleh biki skandal...hehe
tetap jugak di tepek..
bangga kot..haha

Ok,dah....cukup sudah sampai sini, kalau tak..tak berhenti dari verangan...haha, nama pun kerja...kenalah have fun sikit, barulah enjoy, kalau tak stress la memasing...keluarlah muka ketat kelat ....dah pandang pun tak sudi..betul tak...

Till then.
Bye
XoXo,

Friday 12 April 2013

Qhaleefhaz New Batch : BAHIA


Assalamualaikum , selamat petang, hari ni tak mau tulis banyak2..cuma nak buat promosi sikit-sikit je..:-)

Qhaleefhaz telah melancarkan 2nd Batch yang di beri nama BAHIA, menggunakan material dari kain Lycra, sejuk dan jatuh....and wide enough to cover your chest..:-)
dan hanya ada 3 helai saja untuk satu-satu design dan ia adalah 'custom made'

Check Out their latest collection(with me as the model..erkk??)


Design-Design yang ada dalam BAHIA

BAHIA  Paisley
RM 32 exclude postage
Open for Sale..
Cepat..nanti Habis...hehe
BAHIA Tribal
RM 32 exclude postage
Open For Sale..
BAHIA Aztec
RM 32 exclude postage
Open For Sale...

Cepat-cepat sebelum kehabisan, lepas ni lebih banyak lagi design-design baru yang akan masuk pasaran..
Kalau rasa nak membeli Shawls BAHIA ni, just drop a comment below....tapi jgn lupa review the code kat atas tu dulu...nanti adalah yang membalas tu...manusia lah opcoz..haha

Till then,
Happy Viewiing....
Happy Shopping..
And Happy Foreverrr..

XoXo...
Muaxxzz

Thursday 11 April 2013

Konsert Suara Hati -Daripada Lelaki untuk Wanita


Haa, dengar tajuknya gempak tak...???Sebenarnya Konsert ini dianjurkan oleh tempat aku bekerja(namanya rahsia...gedik!!). Konsepnya macam tuju-tuju lagu cinta untuk wanitalah.....katanya..
Ada Zamani, Ramli Sarip, Azlan dengan Hafiz Awan Nano..Artis top setakat hari ini...sebabkan ini memang tempat kerja aku..jadi tak lah begitu teruja dengan artisnya..dah biasa tengok..infact saya "staff"...a bit malu lah weii.....haha.
Sambil- sambil bertugas, melaramlah sikit malam tu sebab dress code: Purplelicious...& Wanita!!..Take Note.
verangan sangat gambar ni kan..ala-ala 'wanita'
Haha, gile gedik...amik gambar kat tangga pun boleh...nak menggilapkan lagi ilmu "photogedik" dalam bergambar dan berposing....errrkkk??Keras nau dah badan ni kot..bila berdepan dengan kamera<----ko ingat ko retis???Ada pulak yang merajinkan diri meletakkan belon-belon sebagai  'props'(thank's Mr Photograper..:-)_
Shawls Sponsor by Qhaleefhaz...(jgn lupa singgah Instaq mereka)
Kerja kenalah enjoy..kalau tak muka naik stress...huhu, kerja aku macam nih la..selalunya banyak stress dari enjoy..stress dengan perangai orang.....bukan dengan kerja....Lumrah huhu...

Seronok??mungkin kot..mungkin sebab tengok retis kluar masuk depan mata...tapi tetap tak rasa apa-apa(i.e:excited)...kahkahkah.

Tapi, tetap rasa bertuah dengan kerja sekarang...duit sendiri, berdikari...di tempat orang, selama hampir enam tahun. Oh yeahh.!!!

Cerita Malam dah habis...Ini cerita petang pulak...:-)

Saya jumpa Hanis Zalikha....waaaaahhhhhh, cantikkkk..

Hanis Zalikha in de House..Comey..comey je dia nih

Ada satu masalah, aku ni tak berapa nak retilah nak approach retis ni macam mana, maksudnya....macam nak tegur diorang tu macam mana.....yelah, nak say Hai ke, kakak ke...abang ke, cik ke....susah jugak ek??

Kang, salah tegur kang...salah pulak impression nyer.....yelah, nnti kluar pulak kat paper....maklumlah, retis...
Mungkin sebab tu lah aku kurang bergambar dengan retis nih...walaupun persekitaran ku di kelilingi dengan retis....haha
(bila peluang kat mana-mana, tak reti pulak aku nak guna)

Lepas nih, kena lebih usaha....untuk apa ntah....tapi tetap kena usaha lebih.....hehe. 
Ok, selesai bercerita setakat hari ini....
moga-moga jumpa lagi

Till Then
xoxo...
Bye....:-)

Monday 8 April 2013

AbpBH...quick review__(^__^)


Assalamualaikum, selamat hari isnin semua...:-)

>>>Ada sesiapa tak  tengok AbpBH malam tadi?Jom Share stories kat sini., Actually , ada jugak dapat jemputan(bkn kat rock pitt), tapi x dpt nk pergi sebab hal-hal lain yang mendatang..and mostly 'malas'...haha.

Jadi, Tengok jelah kat TV3, walaupun bkn 'live' tpi clear la jugak. Aku suka tengok baju2 yang di gayakan retis-retis tu, dengan tema 'ledakan geometri'....jadi nak tengok la kat mana yang bersegi2 tu....haha. Once!!Stage dia sangat menarik!!, kalau tengok live mesti lagi terpegun kot....tpi mampu tengok dalam tv jelah..hehe.

Nak di ceritakan, aku memang suka tengok majlis penganugerahan macam nih, suka tengok baju-baju diorang..yelah nak pakai entah bila boleh dapat.....konon nk into sosialite lah..hehe, tengok design baju diorang, boleh jadik inspired untuk baju raya(tak lama lagi ooit...puasa ganti dah ke...hehe.)

Firstly, aku suka sangat tengok baju FAFAU, cantik sangat, rekaan exclusif by Jovian Mandagie tu....kenal tak??Ala yang dalam Zalora tu..hehe. 
Fara Fauzana dalam persalinan Jovian..cantik kan
Pic Credit: Instagram JovianMandagie(i folow okey)..haha



Suka sangat dengan detailings yang ada kat bahu, pinggang, sisi dan semualah.......mungkin kat situlah yang 'ledakan geometri' tu kot...menampakkan 'sillhoutte' FAFAU(nmpak kurus la..hihi).....baju yang sangat ohsem...:-).Perfect!!!.

Next: Kak Ziana Zian....makin hot plak eh..oppss..hehe.

way to sexy..tapi aku suka...hehePic Credit: Instagram RizmanRuzaini (i  folow ni jugak okey)..haha
Kak Ziana dah seiras JLO plak bila di tenung2....CUN!!, impak baju tu kot...ada unsur2 3D yang menarik perhatian orang untuk tengok lama-lama..dan wow.....gojesnya...sapa plak designernyer...kann..?
Pic Credit : OHBulan.
Che Ta dalam persalinan Hatta Dolmat
''Coutore'' sangat baju Che Ta malam tuh kan....kembang setaman ala-ala Barbie Doll gitu...sapa tak kenal dengan rekaan Hatta Dolmat ni<--orang kampung nih...haha. Suka tengok sebab kembang...kalau dulu zaman bayi kecik molek, bolehla kita pakai baju kembang2 setaman...klu skrang mau pelik jer...unleast kalau pergi event glam macam ABPBH nih...barulah meletopppp..top..top..hehe.

Kenapa tak nampak artis yang berhijab eh??mungkin x banyak kot ek...hmm...
PicCredit: Again by OhBulan.
Artis :Fida
Fesyen Artis Paling Berani Sepanjang Zaman..???

PicCredit: Again by OhBulan.
Hoho...sapa tak kenal dengan Kak Didie Alias.
Jolokan "lady Gaga" malaysia tu memang tepat kat dia, tak kisah dah kiri kanan
kompom ayat dia "ko ade?"..ahahah.

Tapi kan....dalam banyak2 persembahan, yang paling aku suka...part-part keluar lagu -lagu lama tu.....yang ada Zarul(Umbrella), yang sesi karaoke tu....ternyata lagu-lagu zaman 90's nih, memang berhantu la..smpai sekarang pun orang boleh ingat...

sneakpeak: Ramalanku Benar Belaka(Lyrics)---feberet nih..

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta<<--chorus terhebat!!

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah<-----sad ending..:-(


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-ramalanku-benar-belaka-umbrella.html#ixzz2Pqiw9ntz
layannnnnnzz.......hehe.

p/s: the 90's is always the best...
till then...
xoxo....
muahxxxx...........

Wednesday 3 April 2013

Bila Cuti Lama Sangat..?(3 hari je pun)

Assalamualaikum...

Good Mornin everybody, hari ni dah start masuk keje..setelah 3 hari cuti atas sebab(perancangan bisnes..erk)...liat betul nak bangun pagi setelah berhari2 er.....setelah 3 hari bangun tengah hari(buat malu jer..). Tapi bangun juga tanpa paksaan....jam 6 pagi dah bangun, siap boleh lepak2 golek2 lagi atas katil....pastu termenung memandang kipas siling..termenung dengan memikirkan satu masalah utama..bukanlah masalah apa pun..tapi inilah dilema yang sesiapa pun terpaksa hadapi tiap-tiap pagi.

Baju apakah nak di pakai????
(tanya soalan..pastu kau jawablah sendiri..haha)

Tipulah kalau korang2 semua tak mengalami masalah ini..kan..kan..kan. Cuba try tengok lemari masing-masing...banyak lagi baju, and ada lagi kot baju..cuba rasa macam semuanya dah habis pakai..haha.

Mujurlah, kerjaya aku ni di peruntukkan uniform untuk diri memasing, termasuklah aku...so amik jelah baju korporat yang ada, gosok licin-licin..dah.

Selesai bab baju, sekarang hal tudung pulak..aishhh, leceh jugak menjadi seorang perempuan ni kan, benda mudah pun di jadikan susah....hari ini aku rembat jer shawls yng ada depan mata...pusing tang mana ntah..tetiba jer jadik macam nih...

Im Wearing Hijab Alaina 'Plain'  by Qhaleefhaz
in BlueMustard.
Wardrobe: Uniform Rasmi *..haha
Location: Toilet..hekk!!

Jam 0759 tadi, bentuk dan cara pemakaiannya sangat lain....tapi sebab rasa x selesa dan x confident(u know confident is definetely important!!)...jadi, aku pun tukar la...some how, rasa Hijab ni macam di cipta/terciptakan untuk uniform aku ni semata2..??hahah..boleh la....memetik kata-kata sahabat baik yang duduk belakang 'seat' aku nih ha....

Stay Tune For More..
xoxo
bai bai....muahxxx<--gediks!!

Cari , Like & Follow Qhaleefhaz di FB dan Instagram...TQ...hehe

Tuesday 2 April 2013

Qhaleefhaz


1 April 2013.
Memperkenalkan Qhaleefhaz dengan Hijab ALAINA
Jom jenguk2 laman shoping online terbaru..sokongan anda amatlah bermakna buat kami


 



Trademark utama Qhaleefhaz adalah Chiffon Shawls with Studded Bead. Di datangkan dengan variasi 2 colour(colour block theme or upon request).Untuk permulaan Qhaleefhaz meletakan chiffon dengan metal stud sebagai produk pengenalan...so let chek it out

cantik kan?

  


FYI;- Selendang ini exclusively tailored made by Qhaleefhaz, jahitannya sangat kemas,dan boleh buat permintaan untuk kaler yang lain...we choose fabric, u choose the colour?End up with two layer...done...?hehe...tolong promote.
 
antara detailing "metal stud" pada hijab Qhaleefhaz


 Style it your way:-

Sekarang ni bermacam-macam gaya dan cara nak menggayakan shawls/hijab masing-masing..kan, so it up to you ladies..:-P
style it your way
Jom meramai2 liking page Qhaleefhaz di FACEBOOK, dan jangan lupa folow INSTAGRAM kami  di carian Qhaleefhaz. Sokongan anda keutamaan kami...cehhh.

p/s:malu tengok gmbar sendiri..huhu.

stay tune..and keep in follow
xoxo.
muahhxxx.