Monday 26 December 2011

OTAKU

pic from googles
are you?


12:32 am: Salam Isnin kawan-kawan. Yeahh..entry ini atas permintaan Adik lelaki ku yang bernama Mohd Ayub.
Korang tahu tak apa tu OTAKU?Dan adakah anda..dan anda anda semua tergolong dalam golongan yang dipanggil OTAKU ini?
Mengikut Terms Wikipedia, The Free Encyclopedia-credit to google...ini adalah maksud sebenar nya...dalam bahasa Inggeris...

Otaku (おたく / オタク?) is a Japanese term used to refer to people with obsessive interests, particularly anime, manga or video games.

dan setelah di translate kan:


Otaku (お たく / オタク?) Adalah satu istilah Jepun yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang mempunyai kepentingan keterlaluan, terutamanya anime, manga atau permainan video atau yg swktu dgnnyer.

Jadi?tergolongkah anda dlm golongan ini?haha...mestilah kot, kalau dah namenya blogger, dah namanyer, pengonline ..24 hours kot dgn internet dan surfing dan blogking dan mcm-mcm lagi .Jadi?Adik aku ni sukalah gelakkan aku yang sibuk menaip entry dlm blog nih, termasuk entry mngenai Otaku ini. Well..dia pun OTaku jugak...sebab sangat fanatik dgn gaming secara online...yang dulu...Mosiang...dan yang terbaru..Army Attack on Facebook, siap ajk aku join ally's lagi...(sorry dik...x main la)..haha.
terbukti ke'otaku' an budak nih, bila 24 hours megadap games...nk catchup level katanya.

Bak kata pepatah melayu, paku dulang paku serpih,kata orang..dia yang terlebih..haha. tak de hallah, yang penting tak kaco orang sudah..ok till then,..:-P
confession: Im 26..and i love comics too..so?Yes Im Otaku..hahaha

Sunday 25 December 2011

It's Holiday

Hello everyone..what's up, assalamualaikum. Hari ini, update blogs aje-saje jer...Sementara ada masa untuk hapdate nih. Malam ini ada kerja yang menanti, sebab tu la..kena tercegat kat sini...huhu.
Nak cakap pasal pasal apa hari ye?
Hari ini rasa macam nak ckp bab- feeling2 sikit la....mana lah tau ada yang boleh bagi pendapatan...:-P
Soklan pertama...kenapa susah sangat nak menjalinkan hubungan baru?haaa...ada tak yang prnh fikir benda yang sama mcm nih?
Prinsip aku sbnrnya satu jer..."just go with the flow"..tapi ni dah takde flow untuk di ikut. Kenapa ye?Dari aku atau dari pihak satu lagi?
Mula-mulanya, semua berjln seperti lancar jer....tapi tgh2 on the way tu....menjadi semakin malap dan terus kelam....aku rasa tunggu masa nak padam jer nih. Mungkin puncanya dari aku jugak kot..mngkin sebab aku dah tak kisah sangat?oh gosh...tapi sampai bila nk begitu kan?
Apa nak buat ek?Buat tak tahu jelah...huhu
 tak selamanya kita kena ikut haluan angin, kdg-kdg angin boleh jadi puting beliung..huhu
motif gambar????
Ohh...Selamat menyambut Hari Natal, buat yang menyambutnya ye?Kita kan 1 Malaysia, so kenalah mengucapkannya...
At this moment..aku sedang berada di kg halaman...tak tahan la duk Kolumpo tanpa ada aktiviti untuk dilakukan----so, keputusan drastik yang di buat....balik jelah.. kereta ada, minyak pun full...jalan je. Yang peliknya, kt Highway..smooth je perjalanan. Sedikit Jem atau kesesakan pun tak ada yang menghalang. 
Bila masuk jer Tol Ayer Keroh...mak aih....giler jemm...betul ke Melaka nih?Konon teror....buatlah U-Turn...elak jem punya pasal, sanggup masuk Bt. Berendam, hmm...sama je lah...lg teruk aku rasa, dengan pokok tumbang kat Hspital Melaka, Kereta yang bersusun bawah Fly Over kat Masjid Al-Azim tu....ishh dashyat giler ahh...sakit kaki aku mnekan cluth.huhu
Instead of bersesakan di Melaka...lebih baik aku bermalasan kat umah...After All, Home is always Sweet Home....
Apa pun..enjoylah doing your's oliday...me too..
tak sabar nk tunggu hujung tahun nih...nk tengok laut,hehe....eleh kat Alai pun ada jer laut...huhu.
p/s: agaknya bila dah tiba umur begini..soklan cepumas mulalah bermaharajela.
cth: "ni bila nk makan nasik minyak kau nih?tulang-tulang ni dah tak kuat nak tunggu nih"


pic from googles...     
Jawapan artis aku: Okey...nanti sy buat PC..kau ada?hahaha.....
Till then...adios..uolls.




Friday 16 December 2011

24-7

Hello everyone, apa khabar dah lama tak hapdated dengan korang kan??..apa boleh buat...sangat bz dengan kerja yang 'bukan hakiki' ini. Semasa 'karangan' ini di coret, aku sedang berada di pejabatku sendiri...pada hari AHAD bersamaan jam 6.43 petang...Giler arhh...kalah reporter..keje x tentu masa.
Dah nak buat macam mana, inilah kerja baru aku..yang terpaksa dilalui hari-hari. Balik pun sentiasa lambat.
Bila fikirkan balik...not that bad la..dulu, tempat inilah paling di takuti dan di geruni semua.
Lepas insiden kena 'MARAH' KAW-KAW' tu..pergh, sentap memang la sentap, tapi nk buat cmner kan..dia bos aku kuli....and aku terpaksa admit, aku salah. Sekejap la...terasa mcm loser..lepas tu..buat bodo je bila kena, pastu tahan la kena maki.

Keje dunia 'glamour' cmnilah, hakhak....takpa, aku nk pulun habis2 keje, pas tu hujung bulan aku nk cuti. Family Vacation tak boleh nak miss. Hehe. 
 pic from google
mungkin ini adalah aku secara kasarnya
xcept for gender n laptop dan meja yang konon bersih itu..haha

Sambungan dari hari AHAD yang lepas...sekarang ialah hari SELASA. Office Hour seperti biasa, tapi bila melangkah je ke opis pagi tadi...jenguk kat papan kenyataan yang berwarna putih tu, waaaahhh....banyaknyer...senarai event yang memerlukan perhatian 24/7 dari aku tuh..gilerr ah, keje betul aku nih. Dah jangan nk komplen byk sangat, cari rezeki dengan halal, macam nilah...rasa penat, dan ikhlas. Hari ini, baru sempat bersambung balik apa yang tergantung hari tu. Menteri pun tak sesibuk..aku nih ha..haha.

Tapi, aku dah mula merindui, ayah dan mak aku kat kg, lamanya tak balik akibat kekangan kerja nih<----cewaah ayat. Sampai termimpi2 plak. Dah betul-betul homesick nih. Rindu kat teman-teman karaoke, rindu kat 'skandal-skandal'....ahahaha. Rindu nak pergi bercutiiiii.....


Rentetan Dari cerita di atas,...aku menyambung kembali pada minggu berikutnya, iaitu hari ini(15/12/2011) pd jam 10.27 am. Serius, aku tak ada masa nak berjimba la la la...
Gambar pun tak sempat nak upload...segala-lanya terabai?oh tidak...


Inilah penangan kerja lebih masa, memang tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Untuk keluarga lagilah.
Serius beb aku rindukan zaman sosial ku yang dulu, silalah lepaskan aku dari cengkaman kuku besi ini, tak tahu sampai bila boleh ku tahankan. huhu.
Sekian.
Habis jugak ku khatamkan benda nih setelah berminggu2 tergantung.

Friday 2 December 2011

Update mana yang mampu_TERsangat BZ.!

Assalamualaikum, apa khabar..salam sejahtera...fuuh...sebut semua sekali untuk semua bangsa..kita kan satu malaysia. Serius x sempat nk coretkan sangat dalam blog nih, tersangatlah bz dengan bermacam-macam 'event'. Uolls, ingat tak?konsert k-pop yang aku dok giler sangat nak pergi tu, sampai snggup belanja orang buat teman...haha. Walaupun aku pergi sorang...PUAS HATI kot. Semuanya superb, lighting, sound system...fisrt class la beb. Memang tak rugilah aku berhabis..huhu.
So, bercerita pasal konsert tu. Jauhnya aku duduk...agak2 lah tiket herge bapa ek..jangan nak perasan. haha. Tapi dah tengok tu pun kira bertuah kot....walaupun terpaksa byr RM  utk parking fee.!!Ciss.
betapa jauhnya tempat aku..huhu

Antara banyak-bayak konsert yang aku pergi,(banyak ke?). Ini antara yang paling best kot..huhu. Aku ni pun bukanlah kaki konsert sangat, tapi entah sejak bila ntah aku terminta dengan bebudak 2PM nih. Bila pembukaan je..jeritan sudah bergema satu stadium, tapi bukan aku....budak pompuan sebelah aku tu yang over menjerit...cehh anoying kot. Yang sebalah kanan aku pulak, budak laki...dok usha kawn dak yang menjerit tadi. Nak jer aku cakap."dik, nak tukar seat tak?..hahah.
PUT UR HANDS UP, jadi opening song malam tu, tak payah cakaplah, persembahan pentas diorang,,,,good dancer, good song and op coz...good looking(semua). Kerana StarPlanet adalah penganjur rasmi konsert ini, jadi etika pakaian sangat tak ikut Malaysia. Korea kan..tak singkat tak sah lah...haha. Mujurlah ramai yang dtg tu mostly pompuan. Fanatik 2 PM la katakan.
Budak ni tak fanatik sangat....terjebak sikit jer..hehe

credit to miss photographer..:-)

gambar kat ats tu masa ketibaan budak tu, dia dtg sorang jadi..dia grab jer sesapa yang kat depan dia untuk jadik photograper tak berbyar...ciss, suka hati dia jer. Nasib baik mas ni, tak berapa nak ramai orang. boleh lah pose tergedik-gedik sikit. Sabar jela.
Ada beberapa lagu yang tak berapa nak minat sangat, tapi dua tiga lagu tu, tak agak jugak tergoyang-goyang badannya. Agaknya ...memang gitu kot...orang kata feel bila berada di tempat kejadian tu sendiri. Alahhh...macam tengok bola jugak lah, walaupun tak berapa nak minat, tapi kalau kat stadium, tengok secara life..memang akan bersorak jugak lah...SETUJUuuu..ekeleh..tetiba plak...:-P

Ada kebanyakkan gambar yang aku ambik tak berapa nak clear sebab jauh, video plak tak bleh nak upload...jadi kita story mory sudah yer...

yg ni dah abis konsert dah, saje budak ni lorat nk menebeng depan stange.

Certia tak abis lagi....nanti sambung...choww.
Bln November nih, banyak saje aktiviti perabis duit yang aku buat, bru lepas g konsert nih, g berkelah pulak...jauh jgk la...aku drive, bila lagi nk bwk WSA kesayangan berjalan2. Tetiba member ajk g mandi air terjun, tak jauh pun keluar KL sikit, masuk selangor sikit...mana?, cuba teka?

LOPOH WATERFRONT RESORT. Nama gah semacam, tapi tempatnya bolehlah lebih kurang...privasi tapi sedikit semak samun dahhhh...mujur nyamuk tak ada. Yang best nyer air tejun depan pintu jer..dalam 3 ke 4 tapak. Tapi bahaya nyer pun ada gak...licin berlumut depan pintu tu. Ada seorang budak  jatuh, mujur tak terhentak kepala.
 tepek gambar WSA dulu, comelkan tuannyer..hahah


inilah tempat aku bermalam.
ishh, tangan sapa pulak nih. 
Chalet ni kira 2nd kelas la, yang first klass mahal sikit la, ada sediakan tempat barbeque sekali. Nak makan punya psl, berusaha menyalakan arang supaya berbara-bara, nak mkn apa mlm2, kedai mana ada dlm hutan2 nih, padan muka aku. haha.
 berusaha keras meniup api yang tak mahu hidup, berjaya jugak kitorang membarakan dia, berpeluh ketiak...hahaha
 makanan 'barbeque' kami..alhamdullillah

Tulah, dulu-dulu, pergi camping penakut, mcm mana nak survival dlm utan nih, idupkan api pun payah. Ish..ish..kena amik Kursus Iktihar Hidup nih, makan katak. eyekkk..
Selamatlah perut kitorang malam tu, dapat makan . Hehe. 
Di jadikan cerita..aku pula ke demamam malam tu, agak panas jugak lah, aku pun pelik...kenapa, tapi aku diam jelah, mungkin aku ada terlepas cakap kat man-mana ker. Alhamdulliah, panas badan berkurangan, Pagi-pagi pergi merendamkan diri kat air terjun luar pintu tu..tak tahan panas badan.
budak yang demam..:-)
x senonoh.
tempat mandi manda kami..
sejuk mata memandang...sejuk lagi air didalam
Cukuplah sekadar melepaskan tekanan perasan kami tu, daripada tak ada langsung..hari kedua pun kami bermalas-malas nak balik, owner chalet pun biarkan kami chekout lambat sikit sebab tak ada orng check in lagi...kami pun berseronok la bergambar sakan...main-main air gitu...ala-ala putri benian...choiiii.
Gedik betul budak nih.
cuba carik benda tersembunyi?haha
dan isikan tempat kosong di sini____________
kehkehkeh.
Alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan, alang dah jalan..jalan lah sampai puas. Next Stop, menara tinjau bukit ampang.
 Tiang ke orang tu?
Actually aku dah pergi dah tempat ni, masa memeber aku yng gojes tu kahwin, tpi tak sempat la nk bergambar sakan...so kali ini, aku pulun habis la bergambar kat sini. 
Cak...:-P

Benda yang paling mahal dalm menu ini adalah....LOBSTER..RM 130 kot. Kitorang minum je, boleh lah setakat membasahkan tekak. Kalau malam-malam cantik kat sini...view KL, tapi for sure...penuh. Restoran dari melayu ke Arab, semua ada...duit jer...
Im coming darling...wait for me..hahah

Itu watak sampingan, tak ada kena mengena dalam ini cerita, dah macam camerron plak, sejuk kat atas bukit nih...sebab baru lepas hujan. Tapi kena Teh Tarik, walaupun x bapa nak sedap..tapi syok jugak lah.

bayangkan ini di waktu malam...
budak yang syok sendiri...abaikan,.

Habis sudah story mory, setelah dirumuskan dari cerita bulan November hari tu. Lepas ni nak pergi cuti-cuti ke laut pulak. Itu pun entah bila lah boleh hapdet. Apa pun mari sama-sama kita menikmati kehidupan singkat ini dengan cara yang paling bahagia untuk diri masing.
Sekian.
Sehingga berjumpa lagi.
Adios...uolls