Friday 25 November 2011

Survivor.

Hello everyone...puhh lama betul tak hapdated nih..susah nak hapted..sebab takder teknologi canggih kat tempat baru aku tuh. Tempat baru..yup..New Place..New Eviroment..New Sorrounding(betul ke ejaan aku nih?).And Workplace like Hell...opssee...Itu yang aku rasa, tapi nak buat cmne...dah tentu sampai pencen kat sini. Huhu.

Topik Hari INi= Survivor!!!_oh, sebelum bercerita lebih panjang lagi. Do Remind This. Ini adalah pendapat aku semata-mata, pandangan dari mata contact lense aku. sekian.
1)Senyum walaupun kau tu berlakon semata-mata.
2)Ikut aje arahannya, janji jgn sampai marah dan kena marah. 
3)Kurangkan bercakap, jgn becakap langsung kalau bukan sbb kerja. Diam sudah.
4)Pekakkan telinga-butakan mata(stigma jer)jgn cucuk betul-betul . 
5)Balik je lambat, walaupun kau x rela.
6)Autakan semua yang Fakta- pasti kau selamat!

Pelik kan?Kenapa pulak aku kena nak survive bagai. Sepatutnya seronoklah, bila kat tempat baru yang konon glamour tuh!!puihh. Astaga. Well, to be through aku bukanlah ke tempat 'baru' tapi tempat lama yang sangat anoying kot!.Im happy with my job...but Im not Happy with the enviroment. So...what to do....ADAPTION!!!.
YES. Adaption....apa lagi yang perlu buat kan...nak taknak kena tempuh jugak. Walau seberapa berat pun dugaan yang datang. Apa pun, pasti ada hikmah di sebalik semua nih. Aku hanya mampu bersabar. 

Sekian, wasalam. 
P/S:korang boleh ikut cara survivor kt atas tu, nnti aku tmbh lagi kalau teringat. And apa2 consequences..tak jamin ok..haha

Tak ada cukup masa untuk bebel banyak2..ok chow..:-)
thid is not so faboulous friday okey.!!




Wednesday 23 November 2011

Proud To Be Malaysians-Always Be

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Hari ini for sure ramai yang ceria, happy dan muka ada senyum saje...Malaysia menang beb. TRUE. minat tu boleh di pupuk. Macam tengok bola ni jugak, bukannya minat sangat nak tengok...agak bosan la...asyik tengok bola golek-golek je, seksa bola tu kena tendang jer..huhu.

Tapi sebabkan semangat orang yang kat luar-luar(kedai makan) bersorak bagai nak rak, aku pun tiba-tiba terbakau semangat untuk turut sama bersorak. Maka duduklah aku depan TV 14 inci tu, main tukar-tukar channel antara TV8 dengan TV1. Asal orang luar sorak jer...aku pun sorak jugak, tapi yang masuk gol...cehh Indonesia, Ini mesti pakai bomoh nih. Senang je Indonesia dapat satu gol.takpa...masih ada masa lagi. MALAYSIA you can do it bebeh. Berkobar tengok diorang sepak-sepak bola. 

Tapi bila tengok Pasukan Harimau Muda berentap semalam, agak tough jugaklah. Ada time-time yang bola senang jer nak lepas ke gawang, tapi....macam ada angin jer yang tolak ke tempat lain. Faktor hujan pun boleh jadik jugak kot. Padang licin, tendangan pun tak smooth. Bola pun melayang-layang tak tentu arah la. Yang jatuh buat-buat tak bangun pun banyak. Huhu. Ini pandangan aku yang tak berapa reti sangat pasal bola. Tapi aku reti bab gol-meng'goal' nih. 

Keputusan seri 1-1 separuh masa pertama. Aku dah menguap panjang dah...Aishh..bila nak sumbat gol nih, lama sangat la pulak. Bila dah lama sangat menungu, tutup jelah TV14 inci aku tuh. Masuk bilik tido lagi baik. Haha.
Tapi sorakan tetap bergema-dan terus bergema. Siapa pulak yang goal nih?Tak boleh nak tido jugak. Ahh....tekan TV kat dalam bilik pulak. Walaupun tak tengok, tapi aku nak dengar jugak..apa yang di sorakkan bebudak yang melepak kat luar tadi tu. Berkobar tunggu sapa yang menang nih.


Aku rasa inilah perlawanan bola yang paling lama aku tengok. Tak habis-habis sampailah penalti di berikan. Deborr weii.....sekali sepak...gollll....sekali sepak...gollll...Akhirnya
kemenangan 4-3 melalui penentuan sepakan penalti sekali gus buat MALAYSIA JUARA...YEHAAA....
maka berakhirlah penantianku untuk tidoo...yang penting Harimau Muda terbaik

P/S:sejak bila kau minat bola nih?What ever..hah

Monday 21 November 2011

Something Stupid But I like it

Morning Pep's. Assalamualaikum. Today's Mumbling is....Mimpi. Gila ah, mimipi aku pagi tadi...ada ke nak kena bayar RM 6k sebab tak reti2 nk bayar bil tipon...haha, scary doh...Kalau RM 6k tu jatuh dari langit takper ar jugak. Ciss bad dream betul..kena tanya tukang kaji mimpi tu....apa maksud tersirat di sebaliknya. Nak dapat durian runtuh kot(huh..beranganlah kau dakaien). Dia suh ko byr utang tertunggak tu...ini tak benda lain yang bazirkan. Tengah financial crisis pun masih nk buat keje giler lagi...tapi, aku suka...ahaha.


AiEn is really enjoying her life..with konsert one after another(pnyebab utama financial crisis), tapi budak ni pergi yang F.O.C jer....xder F.O.C takde konsert(ye ke?cuba try tengok.). Menghabiskan penggal akhir 2011 dengan konsert..not that bad la...last Saturday dah pergi menghabiskan masa kat Auditorium Perdana, Angkasapuri(atas jemputan), memeriahkan Auditorium..,untuk konsert Muzika Estravanganza. Sapa ada tengok?hehe...kolabrasi antara artis singapura dan malaysia. So far so good la. Tapi ada satu artis ROCK singapura nih mmg stylo habis la...walaupun setakat menggoreng gitar karennya saja...hensem aih..huhu.

Rock oo....
Rambut Rebonding Giler....haha

Tak ingat dah namanya apa, tapi memang stylo la..kira Rockers yang agak tampan dan kemas jugak la. Singaporean kot..hehe. Dia sorang je la yang berjaya captured my attention. Yang lain biasa jer. Lagipun ini tempat kerja aku jugak, so dah terbiasalah dengan artis-artis nih.<cehhh. Yang konon artis lagi banyak. Meluat ler pulak...terkibas-kibas rambut--haih..lemas aku tengok. Oppsseee.


I got my ticket yoo....Put Ur Hands Up. Yes, I done something stupid, but..i like it. Haha. Tinggal lagi 4 hari lagi nih, apa nak pakai?Kasut tak beli lagi, baju x ngelap<---ni pun dah nak mcm artis jugak nih...nak pergi konsert jer pun...santai sudah...:-P. Pelik ker kalau aku nih Into K-POP?taklah semuanya aku suka. Tapi yang ini memang tak boleh nak kata tidak. Aku memang minat giler kat k-pop band nih. And bila aku dengar jer diorang nk buat show kat KL-wahh, terus aku usha ticket price. And yes, i bought it for my self-hadiah harijadi sendiri..boleh?

I got my ticket...:-P

Read the name...:-).Stadium Negara?Oh yes...aku tak tahu langsung kat mana, so aku pun google maps la, siap print. Pun sesat jugak. Hampir2 ke ipoh aku..hakhak. Tapi usaha mesti diteruskan. Dalam google maps Stadium Merdeka berdekatan dengan Stadium Negara kan, jadi aku pun teringat lah satu ketika dulu, aku pernah jadi Penyambut Tetamu untuk satu pertandingan akhir yang berlangsung kt stadium Merdeka itu. Jadi aku recall la balik ingatan macam mana aku pergi ke sana...hemm, dekat je pun. Jumpa jugak akhirnya. Tak bleh pakai betul google maps nih.

Korang kenal kan 2PM ni sapa?aku pun baru-baru jer terminat, tu pun lepas tengok Korean Drama: Dream High sekarang tgh on air kat 8TV hari Sabtu jam 6.00 ptg @ 6.30 ptg tak sure lak. Yg tak bestnya di alih bahasa. huhu. Jom kita tengok sikit lagu best dari diorang. 
Without U by 2PM
 Good Looking, Good Dance and Good Song.
Love it all..:-)

Can't wait to the day. Siapa yang nk join...jom la, tapi tiket kena beli lah..x free(kompom x nak)....ok aku byr separuh, janji ada orang teman. haha. Sapa nak hantar link segera...heheh. 
Ada satu lagi group K-POP yang menarik minat aku, MISS A. Dengarnya 3 Disember ni ramai lagi nk datang, sempena mempromosikan MNET diorang tuh. SuperJunior ada weh, kena bagitahu budak umah aku nih, dia minat giler kat bebudak super junior nih. Tapi tiketnya, mak aih...mahai. And waktu operasi tak berapa nak sesuai lah. Sapa yang berminat tu, klik link nih http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/pop/

Okey, dah habis merepek dah nih, Junsu, Taecyong, Wooyong, Nikhun, Chansung & Junho. Tak sabarnyer nk jumpa korang. 

p/s:Put Ur Hand's Up

Friday 18 November 2011

Mukadimah Jumaat

Assalamualaikum....(jawab jangan tak jawab), hari ini tak ada apa nak cakap cuma nak berkongsikan sesuatu yang menarik untuk tatapan bersama :-
Ingat lagi tak post aku yang lepas?
klik sini:-
http://coratcoretdakaien.blogspot.com/search/label/Fabulous%20Friday. Aku ada dapat satu buku motivasi kot sempena birthday aku hari tu. Tajuknya Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup. Belum Habis baca pun, baru suku buku...aku mmg agak lambat sikit kalau nak menghabiskan baca sebuah buku. Feeling la katakan. hakhak. 
Buku ni mantan bos aku yang bagi, mmglah kalau baca bukunya kena lebih fokus dan hayati mendalam setiap ayat dan kata yang di coretkan dalam tu. Bahasa sangat universiti kan....maklumlah teman xder SPM(dialog Awie dalam Zombi kg Pisang)..hahaha..

Back to the topik, kadang2x ada satu chapter ni....senang sangat nak pahm, ada satu bab ni..perghh...kena tersembul bijik mata baca baru boleh paham. Pada sesiapa yang sedang atau mahu menjapai kejayaan yang sukses, jom hayati Tujuh Kunci Kejayaan :-
  1. Jelas - Cari dan jelaskan apa kepercayaan dan keyakinan anda dan kehendak anda yg sebenar
  2. Kebolehan - sesuatu kejayan mestilah dengan kebolehan yang ada, samada yang nampak ataupun yang tenggelam timbul tu.
  3. Halangan-Cari dan ketahui apakah halangan dalam diri kita dan tangani halangan tersebut.
  4. Tumpuan-kenalah berikan tumpuan pada sesuatu yang kita nk lakukan. Do it well..:-)
  5. Kreativiti-kalau tak ada kreativiti, tak menariklah sesuatu yng dilakukan tu kan?mcam berblog ni la jugak. Mana nak dtg idea..kalu tak de kreativity...
  6. Ketabahan-apa pun rintangan yang datang, hadapilah dengan tabah. 
  7. Belajar dan terus belajar-Ilmu tu penting, setinggi mana pun kita berada, kalau takda ilmu di dada. Jatuh tersungkur jugak.
7 kunci kejayan seperti yng tertulis Dalam buku 'Mencapai Kejayaan dan Kebahagian Hidup' oleh Jamil Hashim.
Apa pun semuanya terletak pada diri masing-masing. Dan sesuatu yang dilakukan tanpa ketentuan Allah s.w.t. tak jadi jugak kan. Redha dan Tawakal itu pun penting. Kita manusia hanya mampu merancang...:-)

Apapun ingat keywords ini DETERMINATION IS THE KEYS TO SUCCESS. haha..sekian.
p/S: aku pun tengah cari diri sendiri....:-)

Wednesday 16 November 2011

Bukan Pem 'Blog' Tegar.

Assalamualaikum w.b.t.(Sila sebut dengan gaya ketua darjah).Entry merepek ni saja aku nak buat untuk hilangkan bosan dan menambahkan korum kosong dalam Page Post ini. Ya. Aku memang bukan full Time Blogger. Dan aku pun kira budak baru belajar jugak lah...jadi kadang-kadang tu..lama baru nak hapdated bloG.

Kenapa tak selalu?Entah....mungkin tak mahu bercerita yang mengarut2 kot. Kalau mengarut pun...aku yang gelak sendiri nanti<---giler ke hapa?Ah..dulik!!.
Jadi, aku memang fikir dalam-dalam dulu apa yang aku nak conteng kan kat dalam nih, pasal apa...untuk apa...kenapa. Manalah nak tahu kan..kadang dah sedap bercerita tersangkut pulak dengan orang lain karang. Terpaksa makan hati ulam jantung pulak. Tapi. DO REMIND THIS= IT'S JUST A COINCIDENCE. So, Abaikan saja.

Errrrrr....BLANK....######. 
iTulah dia, baru 2 penggan dah blurrr....patutlah BM hancur time SPM.(Takdelah teruk sngt). Tapi bab karang mengarang ni cepat aje blur...pastu byk plak shortform(singkatan ayat)..ish, teruk benor la kau Dak AiEn. Marah cikgu BM ko. Kena asah lagi skill karang mengarang nih. Heran jugak aku dengan mereka-mereka yang agak tegar dalam blog....cewaah. Kena biasakn yang tak biasa lepas nih. Kena cari input lebih menarik. Supaya blog lebih digemari.<-publisiti murahan....:-P

Current Activity?Starring and Thinking. Haish, kalaulah masa depan tu boleh di jangka. Tapi kalau segalanya tersirat tanpa tersurat. Kat mana pulak nak datang nikmat dalam kehidupan betul tak? Serius, dah tak tahu nak kata apa...jadi, aku chow dulu lah..sebelum start merepek.

P/s:Kena Fokus pada Manuskrip pertama. 

Tuesday 15 November 2011

Antara Cinta, Cita-Cita dan Pengorbanan.

TEATER = BADAI SEMALAM-ANTARA CINTA, CITA-CITA DAN PENGORBANAN.

Sesekali ubah angin tengok teater, memang BEST GILERRR...bukan sebab lakonan atau pun watak yang di mainkan masing-masing, tapi sebab feel yang aku rasa masa tengok dan menghayati setiap satu babak, props, costume dan suasana itu sendiri. Waaahhh...mengagumkan. No wonder la...Teatear Muzikal Puteri Gunung Ledang aritu dapat sambutan.

Cerita ini di adaptasi dari Novel nukilan Khatijah Hashim. Walaupun aku tak pernah tahu dan baca novel ini, tapi bila aku hayati betul2 apa peranan dan watak masing2 semasa ber'teater', memang terkesan. Dan aku memahami jalan ceritanya sehingga habis. Kalau nak bagi perbandingan antara Panggung Wayang dan Teater. Teater is the Best la...and of course la tiket lagi mahai dari biasa, tapi aku tak kisah...janji puas. Bak kata kamus?erk.....Nikmat beb.!!!

Aku tak bolehlah nak preview habis-habis teater nih, tak suspens pulak orang nk tengok kan. Tapi kalau nak try..boleh jer...ke aku orang yg pling lambat try..?haha.Whatever. Dahlah main redah je.(Tak tahu nak masuk jln mana). Terpaksa cari info terdekat nk g Istana Budaya macam mana. Mujur aku drive, kalau nek public transport?Kompom tak balik...habisnya dalam kul 11.30 jugak la.

Sedikit Info pasal watak: 
Maaf :- ini bukan wataknya...haha
Erra Fazira pegang watak utama Mazni, mmg layak dia dapat gelaran primadona tu, lakonan sangat best. Dan sangatttt...cantik. Macam mana dia boleh cantik macam patung ek?Sangat flawless ok.!!

Aaron Aziz a.k.a Karim. Aku tak tau nak describe camne mamat nih, walaupun aku pengikut tegar cerita Nora Elena, tapi aku tak la nak minat sangat  SETH TAN lakonan Aaron Aziz. Tapi bila tengok secara REAL atas pentas panggung sari tu....Waaaahh, aku jatuh cinta berkali-kali lah....hahahaha. 

Fizz Fairuz a.k.a Dr. Zaki. Comel....mmg comel, Nak -nak bila dia menari. Hahaha..seksi wooo.....tapi antara Dr. Zaki dengan Karim. I'll prefer Karim si Budak Nakal. Girl's always love the bad guy's. What to do kan...haha. 

Datin Paduka Umie Aida@Mak si Karim the Bad Guy's
Datin Ziela Jalil         @ Mak Si Mazni the Good Girl
Neefola kot                @ Si penggoda anak Makcik kepoh
                                       (tak ingt nama wtk)
Jasmin Hamid           @Si penggoda, perempuan Disco Singapura
                                       (pun tak ingat nm wtk)
Emelda                       @ Makcik kepoh 
dan lain-lain artis budaya.
(Info apa nih?nama watak x jelas--google ek?)
antara watak-watak Teater Badai semalam...:-P
(owh..abaikan budak konon artis tuh..haha)
Nampak sikit Jasmin Hamid-Seksi wooo...

F.Y.I Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Panggung Sari, Istanan Budaya., walaupun hakikatnya dah 5 tahun aku di kolumpo nih, Wonderful bebeh....amazing interior. Macam nak pergi lagi pasni. Berbaloi dengan harganya kan..
Mcm Sydney Opera Ouse tak?Cehh..macam lah prnh g
Tapi...cntikkan???
(ohh..please dont bother with the persons..she just the cover..haha)

Seat ni adalah second rows from the left ke right?Ahh..kiri sudah. Jadi segalanya sangat jelas, cuma si Aaron tak de scenes jatuh dr stage...kalau tak aku sambut dah...ahaks..gatai...:-P. Serius KACAK.!!. 



Skrin yg sgt besar...
(ade subtitles eng+lish)..kat atas dia..xnmpk plak

Sesi 20 min bersama pelakon memang tak cukup, tapi kita pun kena paham la...mesti diorang sangat penat, tiap-tiap hari buat benda yang sama. Dah la kena Konsisten setiap masa. Ada jugaklah silap satu dua, nak-nak bab gaduh dan Mazni kena halau tu..haha, kelakar...pintu tak
leh tutup plak. Gegarlah gelak satu panggung. Member aku sorang lagi dah mengundur diri untuk balik. Tinggal la aku sndrik. Tapi aku tak beratur pun...panjang giler..tak kuasa nak tunggu. Semalam pun dah dekat kul 11.30 mlm. Jadik aku sempat lah amik gambar sesi bertemu peminat yang  20 min tu. Bateri kemera pun dah kejam celik nk padam. Jadi cepat-cepatlah aku snap apa yang dapat. 

Emelda & Fizz Fairuz.

Erra Fajira yg gojes.


Ohh...Aaron Aziz...ku

Datin Paduka Umie Aida.
nak jugak enteprem....:-)

Ikut kapasiti dalam panggung memang sangat penuh, sampai kat atas2 pun...tak tau la rates tiket bapa plak kan. Janji dah masuk..kau ada?Haha...statement tak mau kalah...:-)
Peace yoo...:-)

Semuanya sebab budak nih, kalau tak..sampai bila pun tak merasa nak masuk Panggung Sari Istana Budaya nih. Tak merasa la kau DakAien. Terima Kasih Daun Keladi lah..kalau ada jgn lupa bagi lagi. Sorang pun aku pergi....:-)

Haaa,,penat dah...mecoret dalam nih. Bila ada story...panjangnya patah perkataan. Cuma nak berkongsikan Enjoyment yang dirasakan itu kepada korang semua. Apa lagi, meh ar penuhkan panggung. Tak rugi..:-)

P/s: Tak puas hati jugak, sebab tak leh konsentrate kat main lead actor, sebab mata nih sibuk nk tengok props yg bergerak2..dengan backup dancers.Oh...kereta Sport's merah itu Hebat. dan Real bukan prop's.
Adios....
Guna Tagline BoBoy Boy...TERBAEKKK...

Sunday 13 November 2011

Salam Ahad semua...

Assalamualaikum.Apa korang buat pada hari ahad. macam mana cuaca di tempat anda.???Currently, im at Kg Kandang, Melaka....sedang bermalas-malasan...sebab semlm sudah berpenat-penatan...<---cuci pinggan jer pun..haha. Selesai sudah majlis??Majlis cukur jambul anak sedara aku yg baru no. 2 Mohd Danish Iskandar<---nama sangat novel, pengaruh kuat mamanya..haha.

Biasalah, bila ada kenduri besar mcm ni, mestilah ada tugas2 untuk masing-masing, termasuklah aku yg jadi pencuci pinggn mngkuk secara berkala<---sambil lyn you tube. Dah namanya pun Kampung, kerja mengumpat tu dah mcm biasa jer pada diorang. Tapi semlm memang aku hangin gila dgn 'somebody'. Aku bukanlah nk heran sgt dgn citer-citer kg nih, tpi kalau dah namanya 'ngumpat', satu pun belum tentu betul dari sepuluh. Bodoh bngang nyer manusia, itu hal keluarga aku yg kau mengumpatkan!!!!. Bingit rasa telinga nih dengar. Ingat semuanya. Please lah, kalau tak tau RESPECT tu apa?....meh aku translate sikit. HORMAT!!!. Tahu tak?Aku kat depan2(basuh pinggan), boleh dok mengata pasal parents aku. Itu tak kena, ini tak kena..., x yh la nk burukkan family aku..n yours include FAMILY. Kalau ikut bahasa kasar aku 'Mulut Macam P..... Ayam'. Hilang rasa hormat terus sebab sorang ni nyer psl. Otak letak kat lutut agaknya. Laki Bini sama aje.

Kalau dah sampai jodoh aku esok, biar semuanya aku nk uruskan sendiri, buat listing atau apa yang patut....supaya tak ada benda2 macam ni jadik. Benda kecik pun boleh di besar2-besarkan, mcamlah dia sangat betul semuany. Bila dah mcm ni...mulalah ada yng kecik hati sana sini. Kita ni bukan boleh nk puas hati semua pihak. Pakai otak sikit boleh tak?.

Aku luahkan apa saja yng aku rasa dekat sini, supaya tak akan ada sapa yang rasa kecik hati or whatsoever....ikut kan ati yg panas, mmg dah kena dah..biar lah aku dianggap kurang hajar atau pun apa. Cukup-cukuplah...panas pulak lappy ni kang..

P/s: xpyhlah nak cari kesalahan orang...sedangkn kesalahan sendiri pun x bapa nak prsan..Dasar!!




Friday 11 November 2011

today story. 11.11.11

Hai, uols....Assalamualaikum. Today is my best day ever...:-). Kalau sesiapa ada baca posting aku terdahulu...ada entry pasal 11.11.11. Akhirnya tarikh tu tiba juga, tapi bukan seperti yang di inginkan tu la...huhu, tapi takpa...yang penting aku masih lagi di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. Alhamdullillah. 

Mungkin ada yang kt luar sana sedang berkongsi 11.11.11 nih. Let celebrate it the way you like it..ok?. Jangan takut untuk menghadapai kenyataan. Age it just a number. Tapi bukan tua tau..haha. Berapa ramai yang wish kat wall fB, it just so amazing. Thank you guy's, you cheer me up...:-)

Kalau sesiapa dengar HOT.FM sekarang, topiknya hari ini adalah lagu-lagu perkahwinan...hmm, mungkin ramai yang melangsungkan pernikahan hari ini kot. Kebetulan tarikh ini jatuh pada hari yang penuh keberkatan Hari JUMAAT. Penghulu segala hari. Insyallah. Semoga semuanya dalam keberkatan. 

Mungkin, ini juga permulaan baru dalam hidup aku..siapa tahu kan?Kita hanya manusia yang mampu merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Apa pun yang baik sentiasa datang dariNya. Aku sbg hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa...serta tawakkal.

Simple celebrating for my Big Day, really appreciate it...pada Zairani Khamis, aku dah anggap macam kakakku sendiri. Persahabatan kita tak mungkin terpadam. Sayang sama kamu...:-)
tiup lilin sikit..puuhh


Kek Birthday yang ke-tuuuuttt...hahaha. Oh...hari ini pun birthday kak sulung aku Siti Arafah, happy birthday to both of us la....simpan kek ni sikit untuk dia dgn anak buah aku, Dak Dina....
Kak Zai & Me and The Kek
Kakakku yang menyambut tarikh yg sama 111111.

Kata-kata perangsang, tapi ini aku saja yang punya..hahaha
Hadiah dari mantan bos..buku nukilannya, blum abis baca lg
(bilalah boleh jadik penulis mcm dia nih)

11.11.11, tarikh yang tak mungkin dilupakan, datangnya hanya sekali seumur hidup...walaupun semalam terasa sangat down,hari ini aku kembali ceria...:-).
This was the best day with the best date ever...

P/S: Happy Birthday AiEn, semoga hari-hari kekal ceria dan sentiasa tersenyum...amin.


Thursday 10 November 2011

Perubahan untuk Kebaikan kan?


Assalamualaikum semua, hari ni juz nak bercerita pasal perubahan. Apa-apa sahaja perubahan yang berlaku..tak kisah la dari segi apa pun. Aku perlukan perubahan itu..!!!tapi bila dan bagaimana...aku tak tahu!!.Bila semuanya akan kembali seperti sediakala. Bila semuanya akan jadi seperti tahun 2006 kembali. Ahhhhhhh......

It's not easy to be me. Tapi i hv to be strong...hidup ini panjang. Dugaan tuhan itu besar begitu jugak dengan nikmatnya(skrip dari cerita Soffiya--episod akhir). Apa pun keadaan, bertahanlah....kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Tapi aku tak bleh nak denied apa yang aku rasa.Huhu...im happy. but im worried too...:-(


This is how i was at the current moment.


Yg melihat tak sama dengan yang rasa. Im loosing my strenght....wat to do???????????????
Okey, cut the crap....jgn biarkan keadaan mempengaruhi segala. Adapting and Accepting.!!!Itu yang paling. Hanya itu sahaja cara untuk terus bertapak dalam dunia penuh pancaroba ni...cewaaah. Entahlah...apapun yg jadi lepas nih, aku hanya mampu redha dan tawakkal. Semoga Allag s.w.t tunjukkan jalan utk hambanya. Amin.....


Im braver than i use to believe,stronger than i only saw, 
and absolutely smarter than others think
And i keep growing strong...haha, peace.


Ayat nie di petik dari.....lagu comel Mr Mcdreamy...visit here http://encikmimpi.blogspot.com.

Sekian, luahan perasan..chow.

Tuesday 8 November 2011

Wedding Glamour.

Assalam semua, apa kabar ye?Hari ini aku nak sharekan pasal sesuatu...ala, saje jer nak crita pengalaman...g wedding member yang glam dan vogue de vass tu....bukan selalu dapat pergi wedding ala-ala garden tu....giler glam betul..pengantinnyer pun comel bangat....wedding 30.10.2011 hari tue....tetiba plak nk menepek gambar yang glam2 tu...hihi. 
cantikkan??ini baru pelaminya..

Punyalah panas  masa tu...berpeluh-peluh jugaklah menunggukan pengantin nk bersanding atas pelamin yang glam ni. Aku duduk dekat meja yang paling hmpir dengan pelamin nih, and for sure aku di tembak tepat oleh sang matahari yang mencangak<---ade ke ayat nih?ah bedal lah...sila lihat waktu di dalam gmbar 13 :20 pm. perghhh...Panas.!!Panas Dunia..Akhirat lagi panas...huhu.

Oh, lupa nak bagitahu...Kejadian ini adalah di Restoran Bora Ombak, Ampang...alaaa...yang Que Haidar dgn Linda Jasmin kahwin tu..ha..kt situ lah...kawan aku ni pun kira-kira artis la jugak...walaupun dia tak pakai dress Vera Wang dengan Pearl Rafflesia Center<--ceh berbelit nak nyebut....tapi still very gojesss..
Inilah pengantinnya.
Pasangan Maya & Mior.

F.Y.I. Inilah satu-satunya gambar yang ada dlm simpanan dan yg di capture masa tu. Member aku yang perempuan tu. Gojes kan?This was the first time aku g wedding yang mcam nih...slalu  g wedding yang biasa macam kat kg tu...yang paling best masa sign Guess ke Guest?GuestBook kot..macam artis pulak...haha (nk tepek ke gmbau?x yah ar..malu)..haha. Doorgift pun best jugak.

Door gift: Comel dan Menarik.

Overall, mmg best la....kelas ko maya..kawen dah sangat artis dah. Yang paling best seorang budak nih...glam giler smpai baju pun dah tersama dengan pengantin. Atas sebab itu.....gambar pengantin amik satu shoot jer.....malu nyer pasal. x bangun2 dari duduknya. Ishh..kalau bleh nyorok bawah meja skali. Pengantin pun dah perasan dah...siap lambai dari pelamin lagi...haha. 
Inilah budak yg bajet artis tuh<---baju dah sama kaler dgn pengantin.

Tergelak bila ingt balik....terus cepat-cepat balik, hajat nk bergambar dengan pgntin pun terbantut. Segala-galanya terbantutlah...sebab bajunyer pasal. Bukan kali ni saja yang baju budak tu tersama kaler...mana2 majlis wedding yang dia pergipun...asyik nk sama jer...dah la dengan langsir pulak tuh...ishh...ish..ishh...mmg ada kimia betul budak nihh....haha. Tepek jugak lah gmbau budak bajet artis nih...blog aku kan...haha
GuestBook Picture..kamera canggih woo

cehh..konon tinggi la tu..
anak sapa la nih?

Budak nih dah kepanasan dengan dress dan heel yh konon 6 inci nye ni, tapi tetap memaksa dua hero amik gmbau bajet artis nih. Bagus gak bawak 2 hero peneman. Hero sebenar x nak muncul-muncul plak...sabor jelah
2 hero bodyguard.

Cerita dah seminggu...baru nk share, xper..x basi pun...:-)


gambar bukti baju yg sentiasa sama tiap kali wedding.
langsir dgn budak baju biru tu?sama kan..dan ini adalah wedding kakaknya sendrik.Teruk!!..hehe

P/S:sesapa yg nk kawin..meh ar jemput budak bjet artis nih..kompom sama kaler..haha..peace..:-P

Sunday 6 November 2011

Hero-Si Kucing Ajaib.

Assalamualaikum..semoga sihat hendaknya di Hari Raya Korban yang mulia ini. Apa nak buat nih, nak kluar....xder kwn plak(mana korang pegi dah----motong lembu ke?). Bercakap pasal potong memotong ni..teringat pulak kisah Hero. Korang kenal tak hero tu sapa? Semalam dalam buletin utama TV3 ada keluar kisah Hero dan tuannya....kesiannya.

Ikut kata Papa Hero ni, Hero mmg dah lama ada dlm youtube..kisahnyer pun mmg dah lama dengar..tpi biasalah,  cerita bila dah byk versions lainlah pulak jadinya. Jadi, Hari ini pulak, bila pergi umah makcik aku...terjumpa la plak Mastika keluaran November, dengan cover muka depanya HERO. Aku pun terus la buka...belek...dan baca laju-laju. Memang sebak giler la....story dalam tu. Tabik Hormat dekat Papa Hero tu, yelah...kalau kita pun setakat kesian, dan mngkin memerlukan seluruh kekuatan untuk membantu si kucing yang kesakitan dan agak parah tu.

Kucing kan binatang kesayangan Nabi, kenapalah tergamak sangat nak menzalimi. Aishhh...tak tahulah, perangai manusia kan berbeza-beza, bak kata pepatah...rambut x sama itam(skrg kan main kaler-kaler semua)hati pun lain-lain...hahah. Kalau korang nak tahu kisah lanjut mengenai PAPA HERO bolehlah jengan blog ni http://kakimotong.blogspot.com.

Mastika keluaran November 2011(pernah jadik buku favourite zaman skolah dulu)

Dalam blog tu macam-macam story pasal kucing ada, memang sedey woo....tapi Hero is the best among the best..baca jgn tak baca....beli sekali MASTIKA ye. 
P/S:Jangan seksa binatang...kemudian hari kita balik terseksa..

Saturday 5 November 2011

Salam AidilAdha.

Assalamualaikum, semua. Korang semua di kg masing2 ke?Saya pun..hehe<----gedik tiba-tiba, haha. Terasa nak buat hapdating sikit. Pada yang bergerak balik kg tu, hati2 la memandu ye..and pada yang tak memandu tu..jglah diri anda sendirik..apedah merepek?????

So?Apa pelan yer besok?Hmmm....jalan2, g beraya?mybe...yelah, Hari raya Aidiladha x sama dengan Hari raya Aidilfitri. Kami belah selatan (melaka & Johor)...tak mengamalkan sangat ziarah menziarah pada hari raya haji nih, kalau ada pun just kenduri kendara biasa je la..kalau belah pantai timur of coz mesti meriah...diorang pulak terbali, raya puasa pulak tak berapa nka meriah sangt.

Hari ini balik kg guna sistem 'carpull'....sumbat semua dalam satu keta...senang..dah mcm bas pulak..tapi elok jugak sbb, kalau drive sengsorang, kompom..sangapppp jer la kejenya....balik ke selatan tak berapa nak jem sangat, lainlah yang balik hala ke pantai timur tu..kesiannya diorang...td tengok berita pun msih banyk kereta lagi beratur. Sabr ye korang...jangan terjah-terjah sangat..ingatlah orang yang tersayang....cewaahhh...

Menu?For sure ada ketupat, lemang ,rendang bagai kan..hilanglah diet bg yng dlm proses diet tu...nak wat cmne..masakan mak<---its something that i cannnot denyy....sehingga menjilat pinggan...tetiba lapar ler..bila sebut pasal makan ni. Okeylah..till then...have a nice holiday uollss

p/s:xder gmbau pulak yg bleh tepek.

Thursday 3 November 2011

Dah jumpa balik...alhamdulillah

Alhamdullillah...Alhamdullillah..Alhamdulillah, baru beberapa minit lepas buat entry pasal 'kehilangan', tapi barang yang hilang itu dah jumpa balik...Ya Allah, syukurnya aku pada kesempatan yang kau masih berikan. 

Balik nih, aku nk peluk budak rumah aku yang jumpa tu, semalam punyalah rata aku cari...dalam bilik air jugak dia nyorok. Habis celah longkang semua aku perhati. Orang kat luar pun pelik...huhu.

Pasni, kena lebih berhati-hati...paling selamat tak payah pakai langsung, simpan jer buat pekasam<fobia.


i found my missing 'A'



yeah..muka ada senyummmmm...:-)

P/S:setelah banyak kesusahan..akhirnya terselit sedikit kesenangan..Amin.

My Sad Story...Hilang

Sesuatu yang hilang

Apakah benda yang paling berharga dalam hidup korang?Adakah ianya Somebody?Someone?Something?Yang pasti ianya pasti 'sesuatu' kan.?

Aku pun sedang merasakan kehilangan, sesuatu yang paling berharga. Dan paling terkesan bila sesuatu yang berharga itu adalah hasilnya dari titik peluh keringat sendiri. Bukan semuanya kita boleh mendapatkan dengan mudah. Kalau tak , tak adalah istilah 'USAHA TANGGA KEJAYAAN' betul tak?

Korang mesti wondering benda apa yang sangat berharga tu kan?Hanyalah seutas rantai tangan<---emas okey, dengan loket 'A' di tepi. Aduiyaiii, buat kali ketiganya ia menghilangkan diri dan terus tak dijumpai. Kesal memang kesal, sebab aku tak perasan langsung dia jatuh kat mana dan pada hari apa. Sehingga ke tarikh 2/11/2011(Rabu) baru perasan yang sebelah tangan senyap tanpa loceng<--dah macam kucing pula, pakai rantai berloceng. Huhu..sedeynya, sekarang hanya tinggal resit bukti pembelian ' Kedai Emas Tong Hin' aje kat rumah. 
My Missing 'A'
Imbas kembali sejarah pembeliannya, sekitar tahun 2007<jom belajar sejarah..haha. Akibat perasan marah dan kecewa. Aku membazirkan duit beli rantai tangan emas...haha, gila ah..masa tu 1 Mei 2007 selepas insiden malam April  sebelumnya<another sad story yang kemas menjadi rahsia sehingga kini. Masa tu, harga sekilogram tak delah mahal sangat. Sesiapa yang minat pakai barang kemas nih tahulah harga pasaran semasa, tak pernah nak turun....naik jer....sekarang entah2 dah sampai 200 sekilogram. 

Sebab tu sekarang nih, sesapa yang ada modal lebih, buat pelaburan emas....insyallah, x kan ruginyer. Aku pun nak buat, xder modal jer..huhu<-----dah cerita lain pulak nih. Anyway, sambung lagi pasal sejarah yang tak berapa nak sejarah tu...Kejadian 'Bunuh Diri' tu buat aku jadi lebih berhati-hati sekarang. Bila aku terpandangkan rantai tangan itu..serta mata-mata aku ingat balik hal-hal lalu. Kira ada sentimental value la jgk...hahah.

Tapi takpe..mungkin memang dah takda rezeki aku la tu dia nak hilang. Ada hikmah di sebaliknya. Terkilan tu mmglah..Manusia kan....seribu satu rasa ada. Insyaallah, ada rezeki..akan ku gantikan kepada yang baru. Hanya masa yang menentukannya. Entah coming soon ka, next gen ka.....

P/S: Kepada yang diluar sana, jangan leka-leka..dan jagalah barangan berharga anda seperti anda menjaga diri dan keluarga anda sendiri. Sekian.

Adios. Tq 4 reading this and the 'you' is not actually 'you'..haha
see yaa.....:-)