Wednesday 19 October 2011

Tuesday 18 October 2011

The Journey's Continue~~

Assalamualaikum 'diary'. Blog in kembali aktif setelah berbulan lamanya menyepi...rebranding lagi. Actually tiada apa pun nk story, cuma nak mencoret jer apa yang tak tercoret...kebebasan ber 'blog' hak peribadi kan..kan..kan. Sebenarnya ada beberapa perkara nak di ceritakan di sini. Tapi, ini sekadar cerita, bukanlah nk luahan perasaan okey..hehe.


1)400 pages
Mesti korang confused apa ada dengan 400 pages tu kan?Kalau sesiapa yang kat luar sana kaki novel, tahulah..paling tidak mesti ada rasa....macam nak jadi 'penulis'..tapi bukan kerja mudah, kalau kita baca mana-mana novel pun, tengok macam senang jer....cara susunan ayat, storyline dier..even watak yang di ciptakan pun sgt payah okey.!!!Tapi yang penting opcoz la kacak bergaya(kalau versi herolah).Editing pun sangat penting. Masa tu la baru nak perasan...owh...teruknyer ayat aku..hancur bahasa!!.Mulalah terpikir...sebab tu Bahasa Malaysia itu di wajibkan LULUS dalam SPM. Kalau tak..x dapat sijil .Haaa..ingat tak?(enam tahun kebelakang...kalau ikut umur aku lah). Tapi sekarang zaman IT kan, semua di hujung jari...taip jer kat GOOGLE keluarlah apa yang di cari tu. Aku bukanlah pandai sangat bab karang-mengarang nih---tulis blog nih pun bahasa pasar jer guna. Tapi adalah buat sikit revision, yang penting...jangan faktakan benda yang auta..erk???<---untuk diri sendiri nih.
Pencapaian setakat jam 3.00 ptg, 18/10/2011= 124 pages. 


2)JODOH
Hahah...gelak dululah, perlu ker buat entry pasal benda nih?Maybe...just maybe, dah tiba masanya untuk aku fikirkan. Im getting older.....haishhh////////. Aku sebagai seorang wanita pun banyak yang difikirkan...selain 'not ready for commitment' itu. Korang sendiri pun mesti boleh fikirkan sebab dan musababnya kan....dari segi logistiknya<---cewaaahhh. dari segi materialnya pulak...huhu.

Dah tertulis dekat mana-mana blog, mana-mana novel yang aku baca.(opcozlah dari penulis terkenal e.g:Norhayati Berahim. JODOH itu urusan ALLAH S.W.T. Setiap manusia diciptakan berpasangan. Aku sendiri masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab. Huhu...kepada yang sudah berumah tangga bagi tips sikit...:-)

http://cheahmad.blogspot.com/2009/08/jodoh-itu-ketentuan-tuhan-artikel.html, boleh baca artikel kat atas. Untuk di kongsikan bersama. Mudah-mudahan mendapat manfaat darinya. 
Pengalaman mendewasakan kita, percaya pada ketentuannya, di iringi doa dan restu, insyaallah. Ada untukku<-----Amin.

3)Impian(or should i say 'angan-angan')
Counting the day's.......wink wink, berangan...bukan tarikh kawin ler....cuma tarikh..heppi besday to me...hepi bestday to me(dgn backgeraund music)....puuh..tiup lilin<-in advance. Melampau sebulan awal. Haha...sukatilah, opcozlah tuan bdn yng kena ingt the day...kan. Masa terlalu pantas berlalu...kejap celik dan nak end of 2011. It would be nice kalau 11.11.11 itu adalah my wedding day's. Itulah Impian aku dulu....skrang dah jadik angan-angan jer lahh..hihi. Betul lah kata orang, APA YANG KITA IMPIKAN X SEMESTI KITA AKAN DAPAT. eh...macam ayat novel jer...haha. Aku nih memang macam drama queen sikit. 

Sekian sahaja, coretandakaien nih, karang lebih merepek dan meraban pulak. Mulai saat ini, inilah Diary alam Maya aku. Selamat berbakti ye...

Salam Seribu Kali Sayang. Adios...:-)